CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

Dua tonggak import Kenari janji bangkit malam ini

[Copy link]
Post time 10-5-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode

MARC Vales dalam sesi latihan di Alor Setar sebelum Kedah berlepas ke Petaling Jaya.


ALOR SETAR: Dua tonggak pertahanan import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu menjadikan perlawanan menentang Petaling Jaya (PJ City) malam ini sebagai medan kebangkitan setelah tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.

Menurut pemain import dari Andorra, Marc Vales, dia bersama rakan sepasukan lain tidak mempunyai pilihan selain bermati-matian mengelak daripada dibolosi bagi memenuhi jangkaan penyokong terhadap pasukan berkenaan.

“Kita perlu realistik bahawa kami bukan dalam keadaan terbaik dan dalam keadaan sekarang, apa yang paling penting adalah untuk membawa semula pasukan ini ke landasan sebenar.

“Kami tahu tahu reputasi Kedah dalam liga ini dan di mana kedudukannya musim lalu yang sentiasa ada pencapaian membanggakan.

“Jadi sudah tiba masanya kami bangkit memastikan supaya pasukan ini tidak lagi dibolosi, bermula dengan perlawanan esok,” katanya sewaktu ditemui Utusan Malaysia sebelum berlepas ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini semalam.


AKSI Marc Vales (belakang) ketika Kedah kalah besar kepada Selangor, 10 April lalu. – IHSAN SELANGOR FC

Dia diminta mengulas keadaan pasukan yang sebelum ini melepaskan banyak gol hingga mengalami tiga kekalahan iaitu 1-4 kepada Selangor FC, 0-4 menentang Sabah FC dan yang terbaru tewas 2-3 kepada Melaka di laman sendiri, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Marc tidak menafikan betapa tekanannya sentiasa ada ketika bermain dengan KDA FC berikutan reputasi besar dimiliki KDA FC dalam Liga Malaysia.

“Sudah sampai masanya kami menghasilkan sesuatu dan kami bersedia berbuat demikian. Ada kalanya apa yang diusahakan menjadi dan ada kalanya tidak tetapi kami tiada pilihan selain bekerja keras sebaik turun ke padang bermula esok,” katanya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Jang Suk Won mengakui kekecewaan yang dialami pasukan selepas melepaskan tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir menentang Sabah dan Melaka.

“Kami harus mengambil tanggungjawab sebagai satu pasukan. Hati dan minda kami perlu berubah untuk memastikan gawang tidak mudah dibocori, sekali gus mencapai kemenangan.

“PJ City bukan lawan mudah dan saya pernah berdepan mereka ketika beraksi bersama Melaka musim lalu tapi kami sudah bersedia untuk esok dan fokus bagi perlawanan tersebut berbanding memikirkan perlawanan-perlawanan mendatang selepas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -bangkit-malam-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.034074 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list