View: 411|Reply: 0
|
Kaka mahu balas dendam ke atas Laos
[Copy link]
|
|
AKSI Nur Azfar meraikan jaringannya ketika menentang Thailand.
Hanoi: Wira skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menentang Thailand, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar melaungkan amaran betapa dia tidak gentar berdepan Laos pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak Sukan Sea ke-31, malam esok.
Muhammad Nur Azfar yang lebih mesra disapa Kaka juga tidak sabar menanti pertembungan di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam itu dengan matlamat utama pasukan negara hanya satu iaitu memburu kemenangan.
Menurut pemain tengah Terengganu FC II itu, kejayaan membenam Laos akan melunaskan dendam beliau dan rakan sepasukan terhadap lawan yang menyingkirkan mereka daripada Kejohanan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja, Februari lepas.
"Kita akan jumpa Laos, di Kejohanan AFF kita kalah dua kali dengan Laos, kita akan 'langgar' sajalah. Ini juga misi balas dendam, sebab semasa kita kalah (di Kemboja) kita amat sedih, jadi kali ini jumpa lagi Laos nak balas dendam betul-betul," katanya.
Skuad B-23 kebangsaan membuka kempen saingan Sukan Sea ke-31 dengan langkah kanan selepas bangkit mencipta kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi sulung Kumpulan B di venue sama, Sabtu lepas.
Pada aksi berkenaan, Kaka dibawa masuk sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki lebih kurang 10 minit dengan kedudukan terikat 1-1 sebelum muncul wira menerusi jaringan sulungnya di temasya sukan dwitahunan itu pada masa kecederaan untuk menghadiahkan pasukan tiga mata berharga.
Aksi Malaysia dan Laos esok adalah pertemuan keempat kedua-dua pasukan di pentas pertandingan B-23 dalam tempoh tujuh bulan dengan Laos memenangi dua daripada tiga perlawanan terakhir yang dirakam pada Kejuaraan B-23 AFF 2022.
Sebelum itu, Malaysia mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi Kumpulan J pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia pada Oktober tahun lepas, yang menyaksikan Kaka turut muncul sebagai wira apabila meledak jaringan tunggal pasukan negara.
Selepas bertemu Laos, anak buah Ketua Jurulatih Brad Maloney akan menamatkan baki saingan kumpulan menentang Singapura pada 14 Mei dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thien Truong dalam misi memburu dua slot ke peringkat separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dendam-ke-atas-laos |
|
|
|
|
|
|
| |
|