View: 387|Reply: 0
|
Maloney waspada ancaman Laos
[Copy link]
|
|
SKUAD negara memanaskan badan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province. FOTO FAM
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Muda tidak boleh memandang mudah atau menutup sebelah mata tentangan yang bakal diberikan skuad bawah 23 (B-23) Laos dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam malam esok.
Peringatan itu diberikan pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney yang mengakui Laos mampu memberi kejutan sekiranya skuad kendaliannya terlalu mendabik dada dalam pertemuan yang dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh itu.
Kebimbangan Maloney itu ada asasnya, di mana skuad negara tewas dua kali di tangan anak buah Michael Weib itu dalam kempen Piala AFF B-23 di Kemboja pada Februari lalu.
Dalam peringkat kumpulan saingan itu, skuad negara tumbang 1-2 pada aksi pertama sebelum sekali lagi dimalukan 0-2 oleh Laos, untuk Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan kedua kumpulan sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.
Untuk itu, Maloney mengakui beliau terpaksa turun 'mengintip' kekuatan dan kelemahan skuad Million Elephants itu ketika mereka terikat 2-2 dengan Singapura dan tewas 4-1 kepada Kemboja dalam dua aksi Sukan Sea yang sudah dilalui lawan itu.
"Kita tahu Laos pasukan yang baik dan sudah jauh meningkat sejak beberapa tahun lalu di bawah kendalian juaralatih baharu (Weib).
"Mereka beri kami tentangan sengit dalam dua aksi pada Februari lalu, jadi kami jangkakan saingan sama yang akan dilalui.
"Kami ada menyaksikan perlawanan (Laos) ketika aksi menentang Singapura, di mana mereka cukup bagus apabila mendahului 2-0, dan kami turut menyaksikannya hari ini (semalam) dan saya jangkakan ia aksi yang sukar (apabila menentang Malaysia)," katanya.
Pada Sabtu lalu, skuad muda negara memulakan kempen di temasya dwitahunan itu dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand.
Kemenangan bermakna ke atas gergasi Asia Tenggara itu yang juga pemenang pingat emas sebanyak 16 kali itu setidak-tidaknya memberi peluang cerah kepada Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir dengan baki aksi selepas ini dilihat sedikit mudah apabila berdepan Laos, Singapura dan Kemboja.
Untuk rekod, skuad negara tidak pernah tewas kepada Laos sepanjang Sukan Sea berlangsung yang menggunakan format B-23 itu sejak 2001, di mana Malaysia menang ketiga-tiga pertemuan sebelum ini.
Pada temasya di Singapura 2015 lalu, skuad negara menang 3-1 selain turut merakam tiga mata penuh di Sukan Sea Myanmar 2013 dan Laos 2009 dengan kemenangan 4-1 dan 3-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aspada-ancaman-laos |
|
|
|
|
|
|
| |
|