View: 348|Reply: 0
|
Mahu genggam ibu segala pingat
[Copy link]
|
|
PENGURUS skuad B-23 negara Datuk Posa Majais. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Kami mahu emas menjadi milik pasukan bola sepak negara. Itu kesungguhan yang dipamerkan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara dalam usaha merealisasikan impian penyokong bola sepak tanah air dengan menamatkan penantian 12 tahun menggenggam kembali ibu segala pingat di temasya Sukan Sea.
Pengurus skuad B-23 negara Datuk Posa Majais berkata, ketika ini barisan pemain cukup bersemangat untuk meraih keputusan positif pada baki tiga perlawanan peringkat kumpulan B acara bola sepak Sukan Sea Hanoi.
Beliau berkata, kemenangan mengatasi gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Thailand boleh dikatakan sebagai petanda baik skuad muda negara mampu melangkah jauh terutamanya menempah slot untuk ke final kelak.
"Oleh kerana perlawanan pertama kita langkah kanan, jadinya saya yakin pada saingan seterusnya pasukan negara ada peluang untuk melangkah jauh seperti apa yang penyokong bola sepak tempatan inginkan.
"Kita memang inginkan ibu segala pingat ini kerana sudah lama tidak memenanginya dan berharap perkara itu berlaku," katanya.
Terdahulu, pasukan negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan gergasi Asia Tenggara apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand.
Mengikut rekod, Pada penyertaan sulungnya tiga tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan kumpulan di kedudukan kedua tercorot sekali gus gagal mara ke peringkat kalah mati, selepas cemerlang memenangi pingat perak pada 2017 di Kuala Lumpur.
Kali terakhir Malaysia menggenggam emas untuk bola sepak di temasya dwi tahunan itu adalah pada edisi 2011 di Indonesia.
Malaysia bakal mengharungi tiga lagi perlawanan kumpulan B menentang Laos esok, Singapura (14 Mei) dan Kemboja pada 16 Mei bagi memburu dua slot teratas kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m-ibu-segala-pingat |
|
|
|
|
|
|
| |
|