CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

Dua pemain cedera ketika 'bertempur' dengan Thailand

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Maloney ketika melawat Azam selepas dikejarkan ke hospital akibat mengalami gegaran di kepala ketika menentang Thailand Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Kemenangan dramatik yang dilakar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke atas Thailand Sabtu lalu 'dibayar' dengan harga mahal selepas mereka kehilangan dua pemain susulan kecederaan.

Perkembangan itu disahkan pengendalinya, Brad Maloney dengan dua pemain yang berkemungkinan tidak dapat diturunkan untuk aksi berdepan Laos adalah Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat.

"Azam mengalami kecederaan kepala tetapi mujurlah tidak begitu serius. Kita akan terus melihat perkembangannya dengan mengikut protokol.

"Kita akan memantau perkembangannya untuk sekurang-kurangnya tujuh hari dan kita akan lihat apa akan terjadi selepas itu.


"Buku lali Hairiey pula masih bengkak tetapi dia sedang menjalani pemulihan. Saya tidak pasti jika dia boleh diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

"Kita akan cuba yang terbaik dan kita pun tidak mahu mengambil risiko seandainya dia tidak mampu untuk bermain," kata Maloney.

Sebagai rekod, kemenangan ke atas pemenang 16 pingat emas Sukan SEA itu membolehkan skuad negara mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata.

Mereka akan meneruskan pemburuan tiga mata berdepan Laos Rabu ini sebelum bertemu seteru seberang tambak, Singapura pada Sabtu dan menutup kempen peringkat kumpulan menentang Kemboja (Isnin).
https://www.bharian.com.my/sukan ... pur-dengan-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065008 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list