View: 361|Reply: 0
|
Kelibat Syafik curi perhatian
[Copy link]
|
|
Syafik memperdaya dua pemain Thailand pada saingan bola sepak Sukan SEA Hanoi semalam.
KUALA LUMPUR: Bukan setakat kemenangan dramatik skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke atas Thailand hangat diperkatakan, namun kelincahan pemain muda negara, Syafik Ismail turut mencuri perhatian penyokong.
Pemain kecil molek itu masuk sebagai pemain gantian dan percaturan pengendali, Brad Maloney memasukkan pemain berusia 22 tahun itu mencetuskan impak dalam membantu Malaysia membuka kempen Sukan SEA dengan langkah kanan semalam.
Kelicikannya daripada sebelah sayap kanan beberapa kali mencemaskan benteng Thailand dan usaha kerasnya di garisan tepi terbalas apabila dia menjadi watak penting dalam 'perjalanan' Malaysia memperoleh gol kemenangan.
Sekalipun bukanlah dia yang meledak gol kemenangan, namun dia terbabit dalam gerakan yang disudahkan oleh seorang lagi pemain gantian, Azfar Fikri Azhar pada minit akhir perlawanan.
Hantarannya daripada sebelah sayap kanan ditampan Hadi Fayyadh Abdul Razak namun ditepis Kawin Thamsatchanan sebelum bola disambar Azfar yang menyudahkannya ke dalam gawang gol Thailand.
Persembahan memberangsangkan pemain itu turut mendapat pujian daripada pelayar Internet di laman Facebook rasmi Berita Harian Online.
Antaranya Nor Azlan yang meninggalkan komen 'bagus budak kecik no 11 tu..licik..' serta komen keduanya iaitu 'kredit pada dia usaha dan lorongan maut.
Pandangan Nor Azlan itu dipersetujui oleh Ujang Azroy yang berkata 'tengok die main tadi best lah..kucar kacir jugak pertahanan Thailand di buat nya.'
Juniors Stephen Chow pula berkata 'bukan kaleng kaleng' merujuk kepada kualiti persembahan diperagakan pemain muda negara itu.
Selepas ini, skuad negara akan turun berdepan Laos pada Rabu sebelum menentang seteru seberang tambak, Singapura (14 Mei) dan Kemboja menanti mereka bagi aksi penutup kumpulan pada 16 Mei.
https://www.bharian.com.my/sukan ... afik-curi-perhatian |
|
|
|
|
|
|
| |
|