View: 469|Reply: 0
|
Sukan SEA Hanoi penuh misteri – Fatin
[Copy link]
|
|
FATIN Nurfatehah Mat Salleh sedia memburu pingat di Hanoi.
PETALING JAYA: Pemanah berpengalaman, Fatin Nurfatehah Mat Salleh mengakui Sukan SEA Hanoi, Vietnam penuh misteri kerana kebanyakan atlet bertanding terpaksa ‘berkurung’ selama dua tahun daripada kejohanan antarabangsa.
Begitu juga dengan dirinya yang sukar menjangkakan kekuatan pencabar dalam perebutan pingat emas namun pengalaman beraksi pada enam temasya Sukan SEA menjadi ‘senjata’ Fatin untuk membidik emas.
Jelasnya, penampilan kali ini mungkin yang terakhir buatnya di temasya dwi tahunan itu.
“Kemampuan orang lain sebenarnya sukar diramal kerana saya sendiri juga hanya beraksi di kejohanan dalam negara. Sasaran peribadi menamatkan saingan di kedudukan podium tak kira warna pingat tapi kalau ada rezeki saya mahu dapatkan emas untuk negara,” katanya.
Fatin, 30, turun sebagai pemanah senior dan bertanggungjawab membimbing dua pemanah junior dalam acara compound wanita.
“Kalau dulu ada dua pemanah senior dan satu junior sekarang tinggal saya seorang. Saya perlu membimbing dua pemanah lain dan harap mereka akan kekal tenang dan mengikut strategi,” jelasnya.
Fatin menghadiah pingat perak menerusi acara individu compound wanita pada edisi tiga tahun lalu di Filipina.
Dia juga pernah membantu pasukan compound wanita meraih emas bersama-sama Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi dan kilauan pingat sama dalam acara berpasukan campuran bersama Mohd Juwaidi Mazuki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pencapaian terbaiknya di temasya tersebut adalah meraih tiga emas di Sukan SEA Singapura 2015 iaitu dalam acara individu wanita, berpasukan wanita dan berpasukan campuran yang juga pencapaian terbaiknya di sepanjang penyertaannya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... enuh-misteri-fatin/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|