CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kematian doktor pelatih: Pelbagai agensi perlu anggotai jawatankuasa siasatan

[Copy link]
Post time 7-5-2022 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Kematian doktor pelatih: Pelbagai agensi perlu anggotai jawatankuasa siasatan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 7, 2022 @ 12:34pm [email protected]




Tong Keong ketika menyerahkan sekuntum bunga kepada wanita sempena Hari Ibu di Pasar Awam Bayan Baru, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli




GEORGETOWN: Panel siasatan kes kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) perlu dianggotai pelbagai agensi, termasuk pakar undang-undang dan ahli politik.

Ia bagi memastikan hasil siasatan kes itu diketahui umum, sekali gus mengelak kejadian sama berulang lagi.

Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata sekiranya jawatankuasa itu diketuai agensi tertentu, dibimbangi perkara penting yang sepatutnya distruktur semula tidak dilakukan dengan alasan menjaga nama baik agensi berkenaan.

"Seperti semua sedia maklum, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih itu.

"Jadi kita minta beliau (Khairy) benarkan agensi lain seperti pakar undang-undang dan ahli politik menganggotai juga jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan satu keputusan yang baik," katanya ketika ditemui di Pasar Awam Bayan Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya sistem tugasan pegawai perubatan negara perlu dirombak, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Ia bukan lagi menunjukkan kelemahan mereka, tetapi demi masa depan doktor muda di negara ini," katanya.

Media sebelum melaporkan, KKM akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih di HPP yang dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan rumah sewanya pada 17 April lalu.

Khairy menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau sudah menerima laporan awal mengenai kematian doktor pelatih itu daripada Ketua Jabatan mendiang.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan ketika dihubungi berkata, polis belum merakamkan keterangan ahli keluarga mendiang.

"Siasatan berhubung kematian doktor pelatih itu masih dijalankan dan kita akan rakam keterangan ahli keluarganya minggu depan," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.596375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list