View: 461|Reply: 0
|
Sasar menang semula emas Sukan Para Asia
[Copy link]
|
|
LIEK HOU ketika beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Juara Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou menanam hasrat untuk memenangi semula pingat emas Sukan Para Asia di Hangzhhou, China yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 15 Oktober depan.
Bagaimanapun pemenang dua pingat emas Sukan Para Asia itu berkata prestasinya di China nanti akan menentukan sama ada beliau mampu membawa pulang pingat emas atau tidak.
"Pada masa ini sasaran saya ialah untuk memenangi pingat emas di Hangzhou, namun ia bergantung kepada prestasi saya semasa temasya itu… jika saya berada pada prestasi terbaik, tentunya saya sasarkan pingat emas.
"Saya bukan seorang pemain muda lagi, sebab itu saya tidak akan dapat berada pada prestasi terbaik pada setiap pertandingan," kata atlet badminton berusia 34 tahun kepada Bernama baru-baru ini.
Liek Hou gagal mempertahankan emas Para Asia yang beliau menang dua kali berturut-turut di Guangzhou 2010 dan Inchoen 2014, apabila hanya memenangi gangsa pada edisi terakhir Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Ketika ditanya mengenai mengapa beliau tidak mengambil bahagian dalam dua kejohanan berturut-turut di Sepanyol bulan lalu, pemain nombor dua dunia itu menjelaskan tidak dapat menyertainya apabila menjadi kontak rapat kepada seorang pemain kebangsaan, selepas didapati positif Covid-19.
"Bukan kerana cedera, tetapi saya menjadi kontak rapat kepada salah seorang rakan sepasukan dan sebab itulah saya tidak mengambil bahagian dalam dua kejohanan di Sepanyol," katanya.
Namun, tanpa penyertaaan Liek Hou di Sepanyol atlet badminton berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli menjadi kebangaan negara, apabila beliau memenangi kedua-dua pertandingan di Sepanyol.
Muhammad Ikhwan dinobatkan sebagai juara 'Spanish Para Badminton International II' selepas menewaskan Thomas Wandschneider 22-20, 22-24, 21-17 dan kemudiannya mencatatkan kemenangan berturut-turut terhadap pemain Jerman itu apabila menjuarai 'Iberdola Spanish Para Badminton International' dengan mengalahkannya 21-12, 21-16.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mas-sukan-para-asia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|