View: 450|Reply: 0
|
Skuad negara mampu muncul 4 terbaik Piala Thomas
[Copy link]
|
|
Bekas juara dunia beregu lelaki merangkap Pengarah Eksekutif Trumpet International, Koo Kien Keat (tiga dari kiri) bersama Naib Presiden XOX Berhad, Loh Boon Teong (kiri); Pengurus Besar Saudee Group, Augustine Quek (dua kiri); Ketua Pegawai Exsekutif XOX Berhad, Ng Kok Heng (tiga dari kanan) dan Pengarah Urusan Machi Machi Malaysia, Ken Channey (dua kanan) serta Pengarah Urusan OK Lok Lok, Johnny Chong (kanan) ketika pelancaran program 'Show Me Your BAD-MINTON" di Menara Lien Hoe, Tropicana, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Genes Gulitah.
KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara dilihat mampu merealisasikan sasaran empat pasukan terbaik pada saingan Kejohanan Piala Thomas di Bangkok, bulan depan seperti ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Keyakinan itu dilontarkan bekas pemain beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Kiat berdasarkan mutu persembahan dipamerkan majoriti pemain muda pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Shah Alam pada Februari lalu.
"Mutu persembahan mereka pada BATC boleh dikatakan baik tapi seperti sedia maklum undian memainkan peranan penting dalam kejohanan itu.
"Dijadualkan bertemu pasukan bagus sudah pasti akan ada tekanan yang dirasai. Namun saya rasa mereka mampu melangkah ke pusingan separuh akhir," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program pertandingan badminton berasaskan hiburan 'Show Me Your BAD-Minton' di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kien Kiat berkata keserasian dipamerkan skuad badminton negara juga sebagai penanda aras bakal ada sesuatu mampu disumbangkan bukan sahaja di Piala Thomas malah dalam kejohanan lain pada masa akan datang.
"Jika dulu pasukan negara dibarisi campuran pemain junior dan senior. Jadi antara mereka kena menunjukkan kebolehan untuk menyumbangkan mata tapi sekarang saya rasa ia seimbang dan mereka tidak bersaing untuk menunjukkan siapa lebih hebat atau tidak," katanya.
Skuad lelaki negara sebelum ini menempah slot ke Piala Thomas selepas berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan BATC buat kali pertama dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.
Kali terakhir skuad badminton kebangsaan meraih Piala Thomas ialah pada 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam majlis pelancaran tersebut Kien Kiat meletakkan sasaran sehingga 1,000 peserta bagi memeriahkan program pertandingan diperkenalkannya yang memberi peluang mempamerkan kemahiran serta corak permainan kreatif menggunakan raket serta bulu tangkis.
https://www.bharian.com.my/sukan ... erbaik-piala-thomas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|