CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Terengganu] Aidilfitri: Hanya 320 pegawai, anggota Polis Terengganu dibenarkan cuti

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Rohaimi (tengah) ketika ditemui pada Program Inspirasi Qaseh Ramadan/Raya YaPEIM dan PDRM di IPD Marang. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Marang: Polis Kontinjen Terengganu hanya membenarkan 10 peratus atau 320 orang daripada 3,200 pegawai dan anggotanya untuk bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, baki selebihnya akan bersiap sedia bagi memastikan penugasan dan operasi sepanjang musim perayaan berjalan lancar.

Beliau berkata, kebenaran bercuti diberikan sebagaimana ketetapan pucuk pimpinan tertinggi pasukan dengan penugasan tertumpu kepada rondaan cegah jenayah dan kawalan aliran trafik.

"Hanya 10 peratus sahaja dibenarkan untuk cuti secara bergilir pada satu-satu masa, jadi terpulang kepada kebijaksanaan ketua jabatan dan ketua polis daerah masing-masing untuk mengatur penugasan.

"Selain rondaan cegah jenayah dan kawalan trafik, kita turut memantau lokasi tumpuan ramai terutama pada malam raya seperti di Jambatan Angkat dan kawasan Pantai Batu Buruk bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

"Selain itu, orang ramai yang mahu meninggalkan kediaman untuk meraikan Aidilfitri juga dinasihatkan memaklumkan ke balai polis berhampiran dengan mengisi borang balik kampung bagi memudahkan kita melakukan pemantauan dan rondaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Inspirasi Qaseh Ramadan/Raya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini malam tadi.

Pada program anjuran bersama IPD Marang dan Hulu Terengganu bersama YaPEIM itu, seramai 50 penerima terdiri daripada isteri kepada balu pegawai dan anggota PDRM yang meninggal dunia semasa masih berkhidmat dan anak-anak pegawai dan anggota daripada dua daerah berkenaan diraikan.

Sementara itu, Pengerusi Pemegang Amanah YaPIEM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, YaPEIM memperuntukkan sebanyak RM2 juta sepanjang Ramadan tahun ini bagi membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini, lebih 75 peratus bantuan sudah diagihkan kepada golongan sasar sepanjang Ramadan kali ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anu-dibenarkan-cuti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.717100 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list