View: 647|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kaki dirantai
[Copy link]
|
|
Lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kaki dirantai
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 23 April 2022
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala.
GEORGETOWN - Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kaki kirinya dirantai pada sebuah kerusi dalam kejadian di pangsapuri Eastern Court, Jelutong pada petang Jumaat.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui penduduk di tempat parkir kereta dalam keadaan kepala berdarah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan pangsapuri berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit menyewa rumah di pangsapuri itu yang sebelum ini dijadikan inap desa bersama seorang lelaki Cina warga tempatan.
Menurutnya, daripada maklumat yang diperolehi mendapati kedua-dua mereka sebelum ini datang dari Melaka dan mula menyewa rumah berkenaan sejak 13 April lalu.
"Mengikut keterangan saksi yang juga penghantar makanan ke rumah terbabit memaklumkan yang dia ada melihat rakan mangsa di rumah itu kira-kira jam 5 petang sebelum mengetahui penemuan mayat lelaki warga Indonesia tidak lama kemudian.
"Buat masa ini, kita belum mengetahui motif kejadian dan polis kini sedang giat mengesan rakan serumah si mati bagi mendapatkan maklumat lanjut yang mungkin boleh membantu siasatan," katanya.
Soffian berkata, mayat lelaki Indonesia itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi melihat kecederaan lain yang mungkin menjadi punca kematiannya.
Beliau berkata, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga melihat kepada keputusan bedah siasat yang akan dijalankan pada Sabtu.
"Kita masih menyiasat sama ada si mati terjatuh atau ditolak hingga mengakibatkan dia terbunuh dalam kejadian itu.
"Bagaimanapun pemeriksaan di rumah dan tempat si mati dipercayai terjatuh tidak menemui sebarang kesan pergelutan," katanya.
Sementara itu, Soffian berkata, pihaknya menemui pasport dipercayai milik si mati di tempat kejadian dan mendapati lelaki itu memasuki negara ini melalui jalan laut dari Dumai, Indonesia pada 23 Mac lalu.
Jelasnya, polis juga sedang menyiasat apakah tujuan si mati bersama rakannya datang ke negeri ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... engan-kaki-dirantai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|