CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2774|Reply: 0

Kepuasan memancing di kolam air masin

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode

HASIL pancingan selama empat jam di kolam memancing Bakau De Baruh, Bagan Datuk.

Kepuasan memancing di kolam air masin

BAGAN Datuk, sebuah pekan kecil terkenal dengan kisah Sultan Perak pertama – Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I membuang mahkota ke dalam Sungai Perak ketika kapalnya tersadai akibat ribut di Beting Beras Basah.

Namun, bukan kisah itu yang ingin penulis ceritakan, sebaliknya berkenaan sebuah kolam air masin yang agak terkenal di situ iaitu Kolam Bakau De Baruh.

Kebetulan, beberapa minggu lepas penulis berkesempatan bersiar-siar di sekitar Bagan Datuk, boleh dikatakan daerah ini menyimpan sedikit memoir di dalam hati penulis.

Mana tidaknya, penulis pernah bersekolah di Batu 26, malah kampung dari sebelah bapa penulis juga terletak di daerah ini.

Dengan kesempatan yang ada, penulis singgah ke Bakau De Baruh.

Terletak betul-betul antara sempadan muara Sungai Perak dan Sungai Bernam, pemanduan selama tiga jam dari Kuala Lumpur pastinya menyajikan pemandangan serba hijau yang meredupkan mata.

Kedatangan penulis ditunggu oleh Faizuddin Akmal dan Muaz Adli selaku pengurus di kolam tersebut.

Berkeluasan hampir 1.21 hektar, dilengkapi dengan fasiliti seperti surau, tandas dan kafeteria, menjadikan kolam ini turut mesra keluarga dan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Muaz, kolam itu dibuka oleh bapanya pada November 2016 bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat, dan merupakan satu-satunya kolam yang ada di Bagan Datuk.

Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap pancing adalah mengikut pakej.




KERAPU yang dipancing menggunakan umpan potongan ikan kembung.

Untuk pakej tiga jam, bayaran masuk adalah sebanyak RM 80.00, manakala untuk pakej tengah malam (7.30 malam hingga 12 tengah malam) sebanyak RM60.

Tambahnya, pemancing dari Johor, Penang, Pahang, Sabah dan Sarawak juga turut berkunjung ke kolam ini.
Uniknya Bakau De Baruh ini, terdapat ikan-ikan yang dikategorikan sebagai ikan selingan yang agak sukar dicari kolam lain, khususnya di bahagian Pantai Barat.

Antara spesies ikan selingan di sini adalah talang raya (doublespotted queenfish), jemuduk (giant travalley), bawal emas (golden pomfret), senangin Taiwan (red drum), kerapu albino (albino grouper) dan ikan merah (red snapper) menjadi tarikan pemancing.

“Bagi ikan selingan, kami di Bakau De Baruh, tidak menjamin semua ikan tersebut sentiasa ada, ia bergantung kepada pembekal. Jika pada bulan itu ada bekalan salah satu daripada spesies tersebut, kami akan masukkan ke dalam kolam”

“Purata saiz ikan pula, 5 kilogram (kg) keatas bagi spesies talang, manakala untuk jemuduk seberat 12 kg,” katanya.

Hadiah berupa wang tunai disediakan jika berjaya membawa naik ikan-ikan kategori selingan.

Selain itu, jenis ikan yang biasa dipancing dikolam itu adalah sama dengan kebanyakan kolam air masin lain seperti siakap putih, siakap merah dan jenahak.

Teknik yang digunakan di situ adalah teknik pelampung dengan panjang lebih kurang sedepa kerana kedalaman kolam antara 2.4 meter hingga 3.6 meter.

Jenis umpan yang biasa digunakan pula adalah udang hidup dan belanak, kedua-duanya boleh dibeli di kaunter.

Ketika penulis ralit berbual bersama Muaz, kelihatan seorang pemancing menahan asakan ikan di dasar kolam.

Daya pecutan yang tiada henti membuatkan pemancing tersebut hampir mengelilingi kolam.

Beberapa kali kelihatan, kelibat ikan tersebut cuba melepaskan diri dengan melompat keluar melepasi permukaan kolam.

Pada mulanya penulis mengagak, siakap bersaiz besar menyambar umpan, kerana menjadi habit siakap melakukan aksi akrobatik untuk melepaskan diri jika terkena mata kail.

Namun, apabila ikan berjaya dijinakkan baru kelihatan si pelaku aksi akrobatik tersebut merupakan talang seberat hampir 6 kg.


PEMANCING begitu sabar menunggu umpan disambar ikan besar di kolam memancing Bakau De Baruh, Bagan Datuk.


Disisi lain kolam pula, kelihatan sekumpulan pemancing dari Sungai Besar, Selangor rancak berganti-ganti menarik ikan.

Tidak tahan melihat pemancing di situ sakan menarik ikan dengan pelbagai aksi, penulis memutuskan untuk mencuba nasib, walaupun sudah lewat petang.

Penulis menggunakan set pancing mengilat 6-12lb aksi sederhana dengan panjang joran 6’ 8”, tali utama berkekuatan 20lb beserta perambut 40lb.

Pemilihan ini bersesuaian dengan keadaan kolam yang luas, membolehkan penulis membuat balingan ke arah spot yang dirasakan berpontensi ada ikan.

Penulis memilih umpan udang hidup dan balingan pertama tepat di tepi kolong.

Tidak sampai seminit, umpan dilarikan. Belum sempat mengetatkan kekunci drag, terasa kosong di hujung tali, sah ian terlucut.

Tidak berputus asa, penulis mencuba beberapa kali, situasinya tetap sama.

Menjelang Maghrib, penulis gagal sekurang-kurangnya menaikkan walau seekor ikan.

Nampaknya rezeki tidak berpihak kepada penulis pada hari tersebut.

Walaupun sedikit kecewa, penulis tetap berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh pihak kolam.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... di-kolam-air-masin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list