CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 10

[Kedah] DJ Wong tak hilang, lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Sungai Petani: Misteri kehilangan DJ Wong sejak tujuh hari lalu terungkai apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Dia menyatakan yang dia sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis kemudian mendedahkan yang dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana berdepan masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan RM2.70 serta telefon bimbit, namun dia masih sihat dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan mengumumkan kepada pengikutnya yang dia tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

DJ Wong dikatakan menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini, jam 9.30 malam Rabu lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB menyifatkan lelaki terbabit sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.

Pasangan itu sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian di FB 'DJ Wong And Sal Bollywood' yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... iga-terhadap-dj-sal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaii...kalau ada masalah pun , kenapa lah sampai talak 3
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
@novelloverzz yang ni hah kisahnya DJ Wong tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:04 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 13-4-2022 09:57 PM
@novelloverzz yang ni hah kisahnya DJ Wong tu

dua2 x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:08 PM | Show all posts
apa masalah derang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 13-4-2022 10:04 PM
dua2 x kenal

Samapun tak pernah kenal atau dengar. Masuk forum ni baru tau.
Sebenarnya memang tak follow founder2 ke apa...kadang tertengok je kalau lalu wall fb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 07:44 AM | Show all posts
dua2 makhluk tuhan ni aku tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 13-4-2022 10:08 PM
apa masalah derang sebenarnya.

tak tau apa masalah derang kaka....

si isteri kata suami dayus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 09:06 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 14-4-2022 08:20 AM
tak tau apa masalah derang kaka....

si isteri kata suami dayus

haishh bulan posa ni la nk bercerai bagai. dah lah cerai buat live kt fb. mcm tak boleh nk buat proper kt rumah atau mahkamah pulak.
nmpk nau nk lari dari masalah.

btw kaka pun tak kenal makhluk 2 ketul ni sapa. tetiba je kuar kt medsos kata laki ilanglah, tak baliklah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 14-4-2022 09:06 AM
haishh bulan posa ni la nk bercerai bagai. dah lah cerai buat live kt fb. mcm tak boleh nk buat pr ...

hah tu lah kaka
nay pon sebab terbaca kat ig
masa tu dia kata sebelum keluar
laki dia siap peluk n puji dia cantik
tup² bila dia viralkan yg laki dia dah hilang 7 hari
nahhh dia live bagi cerai talak 3 terus
bukan alang² dia nak bagi talak
satu dunia tengok (femes katanya )
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:22 PM | Show all posts
sapa dedua ni..orang penting kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.638943 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list