|
Warga emas, Siti Minah Ngah, 83, sebak menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan pada Program Jelajah Ramadan 2022 di Masjid Al-Aman Kampung Yooi, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman
LANGKAWI: "Dapat RM10 pun sudah cukup besar, ini dapat RM150 memang rasa seronok dan membuatkan hati saya berbunga gembira.
"Selepas arwah suami, Shafie Mat meninggal dunia pada 2015, saya tinggal bersama cucu dan tiada pendapatan tetap," kata warga emas, Siti Minah Ngah, 83.
Terdahulu, Siti Minah kelihatan sebak ketika menerima sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib pada Program Jelajah Ramadan 2022 di Masjid Al-Aman Kampung Yooi di sini, semalam.
Pada majlis itu, seramai 32 asnaf terdiri warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan wang tunai RM150 setiap seorang dan barangan keperluan asas untuk bersahur dan berbuka puasa.
Seorang lagi penerima, Rashimah Sirun, 75, berkata sumbangan wang tunai dan barangan keperluan itu sangat bermakna buat dia yang kehilangan suami lebih 20 tahun lalu.
"Saya tak kerja kerana ada macam-macam penyakit dan kalau duduk nak bangun pun susah, ketika ini tinggal bersama anak dan cucu di kampung.
"Sumbangan ini dapat ringankan beban saya sepanjang Ramadan, syukur kerana ada pihak yang ingat kepada orang macam kami," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas program itu, Nasaruddin berkata, secara keseluruhan seramai 96 asnaf sekitar Langkawi akan menerima sumbangan terbabit menerusi tiga siri program.
"Selepas ini kita ada dua lagi program sama iaitu di Masjid As-Sofiah Kampung KEDA Wang Tok Rendong pada 17 April, diikuti Masjid Ar-Rahman Kampung Kedawang 21 April ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... sar-ini-dapat-rm150 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|