CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3405|Reply: 7

7 PANDUAN URUSKAN KEINGINAN SEKS KETIKA BERPUASA

[Copy link]
Post time 2-4-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan setiap kali tiba ramadan, kebanyakan isteri akan menolak bila diajak berhubungan. Bagi mereka, hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah. Namun hakikatnya tiada hukum yang melarang untuk lakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan. GLAM Lelaki kongsikan enam tip untuk kamu uruskan keinginan seks ketika puasa.


1. USAH JADIKAN SEKS SEBAGAI SATU BEBAN

Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat kamu terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya kamu tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. Tapi janganlah kerana itu kamu menolak hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan kamu dan suami renggang disebabkan masalah ini.


2. BERSENANG HATI

Kamu tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. Jika dilakukan dengan rasa senang hati pasti akan merasai nikmat sebenar. Jangan sesekali kamu merasa terpaksa untuk lakukannya misalnya suami mahu dan kamu tidak. Kesannya mungkin kamu akan merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.


3. CARI WAKTU BERSESUAIAN

Kamu dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami kamu yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati kamu. Atau boleh dilakukan selepas Tarawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan kalian boleh nikmatinya. Jika penat, tidur dulu atau lakukan ketika waktu sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.


4. QUICKIE SEX

Sedia maklum, mungkin kamu dan suami kedua-duanya bekerja. Pasti kamu keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan hubungan seks. Dek kerana itu, kamu perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya kamu mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks quickie yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.


5. MANDI BERSAMA

Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain quickie, kamu juga boleh lakukan aktiviti mandi bersama dengan suami. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum kamu bersembahyang Isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.


6. DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA

Kamu dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin kamu boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun selepas itu untuk lakukan hubungan intim. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.


7. JAGA STAMINA

Kamu juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Time bila ye korang seks dlm bulan puasa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
puteraalam02 replied at 6-4-2022 05:41 AM
Time bila ye korang seks dlm bulan puasa?

Time malam sebelum tido. Lepas subuh kalau hari cuti tak boleh nk baring dengan suami, bahayaaaa. Time tu lah duk bdenyut²
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:30 PM | Show all posts
tahan je sebulan.....
that time malam raya nanti memang masing2 berdenyut2....

tapi masa zaman muda dulu memang tak boleh tahan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:24 PM | Show all posts
aku bulan puasa ni boleh kira la..setakat ni baru 2 x on...tu pun sebelum tidur...tapi x best..sebab kenyang....ni start 10 malam last lagi la..tunggu lepas puasa nti..back to normal sexual actvt.. 1 minggu 3 -4 x...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 03:57 PM | Show all posts
minggu lps ada satu hari tu terpaksa quikie je, 30mins nak azan subuh
luckily sempat abiskan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2022 02:10 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 1-5-2022 02:14 AM

sempat kematt, kalut la..
nak itu ini lagi pastu nak ke masjid taraweeh lagi apa semua
also takut tak sempat moreh
bila tgh malam dah penat so takde lah nk usahakan apa2, mau tido je
also, kalau tido dalam junub, malas nanti nak bgn sahur mandi solat subuh..
nanti kids tanya pehal Dad amndi pepagi buta
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan posa...klu malam kena on awal.. Sbb nak tido awal nk bgn sahur kan.. Takpun.. Kena bgn awal skit la pagi tu utk sahur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052345 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list