CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan negeri belanja RM5.1 juta untuk Kad Sejahter

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

ALIAS ketika menjawab soalan lisan di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-14 di Wisma Darul Iman. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM5.1 juta bagi program bantuan subsidi rawatan kesihatan asas atau Kad Sejahtera dalam tempoh tiga tahun bermula Julai 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM10 juta setiap tahun bagi membantu rakyat melalui program Kad Sejahtera yang diperkenalkan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kerajaan negeri menanggung kos kira-kira RM364,000 pada 2019, RM1.1 juta (2020) dan kira-kira RM3.6 juta (2021) dengan setiap penerima mendapat bantuan perubatan bernilai RM500 setahun.

"Kita nampak peningkatan dan ini menunjukkan sambutan rakyat (terhadap program Kad Sejahtera) makin meningkat.

"Kad Sejahtera Fasa 1 bermula pada Julai 2019 sehingga 30 Jun 2020 membabitkan seramai 12,126 penerima, sementara fasa 2 bermula 1 Mei 2021 hingga 28 Februari lalu membabitkan 19,872 orang.

"Sehingga kini, kita sudah mengeluarkan sebanyak 20,000 Kad Sejahtera sebagaimana yang kita sasar dalam manisfesto dan insya-Allah, akan bertambah lagi apabila keadaan kewangan mengizinkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurut Dr Alias, manfaat pelaksanaan program berkenaan kepada masyarakat dibahagi kepada tiga kategori iaitu pemegang kad sejahtera, klinik swasta dan kakitangan klinik kerajaan.

"Bagi pemegang kad sejahtera, golongan berpendapatan rendah mempunyai akses kepada kemudahan kesihatan yang segera dan berhampiran dengan lokasi tempat tinggal mereka.

"Bagi klinik swasta pula, ia meningkatkan sumbangan serta penyertaan daripada perkhidmatan kesihatan sektor swasta di dalam penjagaan kesihatan kepada rakyat secara lebih menyeluruh.

"Ia juga dapat mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan sekali gus mengurangkan beban kerja petugas kesihatan kerajaan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 178847 Replies : 4067
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1874 Replies : 6
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73252 Replies : 2952
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22227 Replies : 127
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7294 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45641 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.514582 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list