CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAKIM memperincikan SOP masjid, surau ketika Ramadan dan Aidilfitri

[Copy link]
Post time 23-3-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci berhubung aktiviti dan program di surau serta masjid seluruh negara ketika Ramadan dan Aidilfitiri.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, antara SOP terperinci yang diperhalusi membabitkan kebenaran qiamullail dan program tazkirah sepanjang Ramadan.

Katanya, SOP yang lebih terperinci itu kemudiannya akan diumumkan pihak berkuasa agama negeri untuk dilaksanakan.

"Seperti yang Perdana Menteri umumkan baru-baru ini ia adalah SOP asas yang diputuskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Oleh itu kita (JAKIM) akan teliti beberapa SOP dengan lebih terperinci untuk dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa agama negeri sebelum diumumkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata, berhubung pelaksanaan solat tarawih lapan atau 20 rakaat juga tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

"Contoh seperti Wilayah Persekutuan yang menggalakkan pelaksanaan solat tarawih 20 rakaat, namun lapan juga dibenarkan yang ia mengikut kepada pihak berkuasa agama negeri itu memandangkan pelaksanaan kedua-duanya adalah dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, solat tanpa penjarakan fizikal di Pulau Pinang akan dikuatkuasakan pada 1 April selari dengan pengumuman Perdana Menteri.

"Pihak berkuasa agama negeri sudah bermesyuarat dan bersetuju menguatkuasakan pelaksanaan solat rapat saf ini pada 1 April.

"SOP untuk pelaksanaannya akan dikeluarkan dalam tempoh satu atau dua hari lagi yang akan diguna pakai di semua masjid dan surau di negeri ini," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Keputusan itu dibuat susulan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.

Bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid, surau ia tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri dan untuk rumah ibadat selain Islam, tertakluk kepada Kementerian Perpaduan serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059326 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list