CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Perlis] Jadikan ketum ubat atasi masalah penyalahgunaan, penyeludupan

[Copy link]
Post time 23-3-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode

ASMAIZA AHMAD

   

KANGAR: Penyelidikan lebih lanjut penggunaan daun ketum untuk tujuan perubatan mampu membantu mengatasi masalah penyalahgunaan daun berkenaan dan aktiviti penyeludupan bahan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, pihaknya menggesa kerajaan Persekutuan merujuk semula kajian-kajian yang sudah dilakukan sebelum ini berkaitan ketum dalam aspek perubatan.

Katanya, keberkesanan ketum dalam perubatan secara tradisional terbukti bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara seperti Thailand yang sudah pun memperakuinya dan membenarkan penanaman serta penggunaannya.

“Jika penyelidikan yang dilakukan terbukti bahawa ia boleh dijadikan ubat, kita buat perancangan yang teliti di peringkat Persekutuan supaya sesiapa yang menanamnya boleh menjadikan ia sebagai punca pendapatan.

“Bila sudah proses jadi ubat sudah tidak ada lagi salah guna dan dapat mengurangkan penyeludupan ke luar negara. Ini kerana Thailand pun sudah benarkan penanaman ketum,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata, satu memorandum hasil dapatan daripada forum awam mengenai Masa Depan Mampan Industri Perubatan Kanabis, Hemp dan Ketum dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selewat-lewatnya minggu depan.

Zahidi berkata, langkah tersebut diambil bagi mendapatkan kelulusan terhadap tanaman berkenaan supaya boleh digunakan untuk industri perubatan dan dieskport ke luar negara.

Menurut Zahidi lagi, langkah untuk meluluskan tanaman itu untuk dieksport dan menjadi bahan perubatan perlu dilakukan segera bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mematenkan bahan berkenaan kerana agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Jerman kini dalam proses mematenkan ketum.

Sementara itu, Asmaiza berkata, kajian semula perlu dilakukan agar ketum dapat dihalalkan dan memberi pendapatan kepada orang kampung.

Menurutnya, ketum boleh dikomersialkan sebagai ubat dan tidak salahnya untuk Malaysia berbuat demikian kerana banyak negara luar sudah menjadinya sebagai ubat. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.331973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list