CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Terengganu] Polis akan panggil Kak Long Dungun, rakam percakapan

[Copy link]
Post time 22-3-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

ROHAIMI. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Polis akan memanggil Wan Noor Baizura yang popular dengan gelaran Kak Long Dungun untuk dirakam percakapan berhubung kes menghina orang kurang upaya (OKU) dalam rakaman video tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, wanita itu dipanggil susulan laporan dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Khamis lalu.

"Polis akan memanggil wanita terbabit untuk rakaman percakapan di IPD Dungun dalam masa terdekat kemudian kes berkenaan dirujuk pula kepada polis Selangor.

"Polis Selangor turut memulakan siasatan selepas menerima laporan daripada individu OKU fizikal berusia 42 tahun dari Puchong, Selangor yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perjumpaan Ketua Polis Terengganu Bersama Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Terengganu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rohaimi berkata, selain laporan polis yang diterima di Terengganu, lima lagi laporan terhadap Wan Noor Baizura dilaporkan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu laporan) dan Selangor (dua laporan).

Baru-baru ini, satu video berdurasi 31 saat tular di media sosial memaparkan Wan Noor Baizura menunjukkan mimik muka serta perwatakan seperti OKU.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.524520 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list