Pada 2015, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi mengumumkan bahawa, negara itu akan menukar ibu kotanya kepada sebuah bandar baharu, yang akan dibina 50 km ke arah timur ibu kota sedia ada, iaitu Kaherah. Bandar tersebut yang dinamakan sebagai “New Administrative Capital”, sepatutnya dibuka pada 2019, tetapi telah ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.
Tindakan mengubah ibu kota sebenarnya bukanlah tindakan asing bagi negara-negara di dunia ini. Selain Mesir, terdapat negara-negara lain termasuk Palau (2006), Burma (2005), Nigeria (1991) dan Belize (1970) juga, telah berpindah ke ibu kota baharu atas sebab-sebab tertentu.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa Mesir, memilih untuk mengubah ibu kotanya ke bandar baharu? Teruskan menonton.