Kenapa Jepun Menyerang Pearl Harbor Di Amerika Syarikat
Serangan mengejut terhadap pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii, pada pagi 7 Disember 1941 oleh Empayar Jepun, adalah antara detik penting penyertaan Amerika Syarikat secara langsung, dalam sejarah Perang Dunia Kedua.
Pengkalan Tentera Laut Pearl Harbour adalah merupakan armada terbesar AS di rantau Asia Pasifik, yang dibina pada tahun 1908, dan menempatkan kapal-kapal perang terbesar milik AS.
Tentera Jepun berjaya merosakkan hampir 20 kapal laut milik AS, termasuk menyerang 8 buah kapal perang utama, dan 200 pesawat udara.
Seramai lebih 2,000 rakyat AS terbunuh dengan lebih 1,000 yang cedera. Serangan oleh Empayar Jepun ini adalah kemuncak dari ketegangan konflik antara kedua-dua negara ini, dengan usaha rundingan diplomatik yang gagal.
Sebelum itu, pada tahun 1937-1941, konflik antara China dan Jepun menyebabkan AS campur tangan, dan pada tahun 1940 dan 1941, Presiden Franklin D. Roosevelt menghantar bantuan kepada China secara formal, termasuk peralatan perang. Jadi dalam video kali ini kita akan melihat, kenapa Jepun menyerang Pearl Harbor dan kesan serangan ini.