View: 542|Reply: 3
|
[Sabah]
Pendaki wanita diusung turun akibat terseliuh kaki
[Copy link]
|
|
![](https://external.fbki2-1.fna.fbcdn.net/safe_image.php?d=AQFb8oRYaYXrqoSe&w=500&h=261&url=https%3A%2F%2Fsabahbarunews.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2022%2F02%2F273895663_3172546252982257_9031634622844111346_n.jpg&cfs=1&ext=jpg&_nc_oe=6f9c9&_nc_sid=06c271&ccb=3-5>=1&_nc_hash=AQHHnbNQK9_F1_a3)
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220220/kks-ub200222-san-usung-p1copy.jpg)
RANAU: Seorang wanita yang mengalami kecederaan akibat terseliuh kaki terpaksa diturunkan pasukan bomba semasa mendaki Gunung Kinabalu di sini.
Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 5 petang di Pondok Mempening Gunung Kinabalu semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa dilaporkan tidak mampu berjalan sendiri selepas mengalami simptom akut gunung (AMS) dan terseliuh kaki.
Katanya, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) menerima laporan daripada ahli kumpulan pendaki berhubung keadaan mangsa.
“Pasukan MOSAR bersama Renjer Taman Sabah bergegas ke lokasi kejadian dan memberi rawatan awal kepada mangsa.
“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung ‘Robinson Stretcher’,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, mangsa dihantar ke penginapan Kem Bina Negara Kundasang menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan operasi ditamatkan pada jam 9.30 malam.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan dan nasib baik tiada perkara yang tidak diingini berlaku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mujur juga kumpulan dia alert ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|