CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tetap tuntut peruntukan satu pertiga kerusi Parlimen

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:11 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 20 Feb : Sarawak akan tetap menuntut diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen tanpa mengira sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat atau tidak.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali berkata ini kerana perkara tersebut adalah antara hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sama ada (dapat dipenuhi tuntutan) sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya itu saya tak tahu, tapi kita memang sentiasa bawa perkara ini ke atas, ke peringkat yang tertinggi dan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Let’s Talk With Wanita Pemadam’ sempena Sambutan Hari Antidadah Pemadam Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini.

Sharifah Hasidah malahan mengalukan sekiranya tuntutan Sarawak terbabit boleh dipenuhi kerajaan Persekutuan sebelum ketibaan PRU15.

“Kalau tidak (dipenuhi tuntutan terbabit sebelum PRU15) kita akan teruskan juga sampai bila-bila perjuangan kita ini,” katanya.-TVS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078910 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list