View: 802|Reply: 1
|
Tiada ubat pulih kerosakan otak
[Copy link]
|
|
Tiada ubat pulih kerosakan otak
MAJORITI penagih remaja gemarkan dadah sintetik kerana ia lebih ‘mengghairahkan’ serta menjadikan mereka lebih kuat serta berani.
Anak pukul ibu bapa kerana gagal dapatkan wang untuk beli dadah, lebih teruk, ada yang dibunuh.
Apa sudah jadi dengan sebahagian generasi masa kini Malaysia? Mengapa dadah jadi pilihan?
Masalah dadah yang juga musuh nombor satu negara sudah berlarutan sejak dulu lagi, malah ramai penagih yang turut berdepan masalah mental akibat pengambilan berterusan dadah.
Ikuti wawancara Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) DR FAUZIAH MOHD SAAD dengan Pengarang Berita NAZARALI SAERIL berkaitan isu ini.
Daripada sudut psikologi, mengapa seseorang itu memilih mengambil dadah?
Ketika ini, pengambilan dadah ini lebih kepada trend, ambil dadah secara sosial.
Ambil dadah sekali dan dia rasa ia boleh dikawal, kerana itu dia tidak rasa bersalah untuk terus mengambilnya.
Ia berbanding individu yang beranggapan mengambil dadah adalah satu kesalahan selain bimbang jika ia mendatangkan mudarat kepadanya.
Apabila individu ini tiba-tiba berdepan isu besar, dia akan mengambil dadah secara berlebihan sebelum akhirnya terus bergantung kepada bahan terlarang ini sebagai penyelesaian sementara isu dihadapi.
Akhirnya, dia terus menjadi penagih dadah tegar.
Ada yang mengambil dadah kerana sifat ingin tahu selain ada kaitan dengan sejarah keluarga.
Ekologi kawasan sekitar yang mana ramai yang mengambil dadah turut menjadi punca.
Pada masa sama, ada individu yang mungkin memerlukan dadah untuk merawat sakit.
Pada akhirnya, kesemua mereka ini turut menjadi penagih tegar.
Selain itu, ada individu suka mengambil risiko dan kerana itu cuba mengambil dadah.
Saya pernah bertanyakan kepada kumpulan mat rempit remaja yang kini berusaha untuk pulih, mereka memaklumkan, sebelum melakukan aksi bahaya di jalan raya, mereka akan mengambil sejenis dadah dan ia menyebabkan mereka jadi berani.
Selain daripada kesan fizikal, apa kesan psikologi terhadap individu menagih dadah?
Dahulu, dadah diambil membabitkan jenis opiat dan ganja. Kini, ia membabitkan dadah sintetik bersifat stimulan atau perangsang yang berasaskan kimia.
Individu yang gemarkan dadah sintetik akhirnya akan menjadi penagih tegar.
Contoh dadah sintetik ialah syabu. Syabu kalau diambil dalam tempoh lama atau berlebihan boleh menyebabkan halusinasi kepada penagih, boleh beri kesan kepada otak.
Pada masa sama, penagihnya juga tidak boleh pulih daripada keadaan itu kerana tiada ubat untuk memulihkan kerosakan otak.
Dadah psiko aktif ini memberi kesan psiko farmakologi kepada penagihnya.
Kesan psiko farmakologi pula membabitkan tingkah laku, mental, agresif selain menyebabkan tingkah laku pro jenayah.
Daripada sudut psikologi, penagih dadah sintetik ini, yang kini menjadi penagih tegar, akan menjadi individu yang bergantung kepada dadah terbabit.
Ia menjadikan mereka akhirnya tidak sedar hingga membunuh atau merempit dengan aksi bahaya yang tidak akan dilakukan jika berada dalam keadaan normal.
Ada ibu bapa atau keluarga yang sanggup 'menyimpan' anak atau ahli keluarga yang terbabit dengan dadah. Mengapa ia berlaku?
Golongan ini bimbang anak atau ahli keluarga ditangkap. Ini kerana, jika ia berlaku, anak atau ahli keluarga akan memiliki rekod jenayah.
Jika memiliki rekod jenayah, dibimbangi masa depan mereka akan bertukar kelam, malah tiada siapa yang mahu mengambil mereka untuk bekerja dan sebagainya.
Saya pernah berdepan satu peristiwa yang mana si ibu mahu menghantar anaknya kepada saya untuk mengikuti sesi kaunseling pemulihan dadah.
Bagaimanapun, si bapa tidak membenarkannya kerana terlalu sayangkan anaknya itu.
Pada masa sama, ada ibu bapa atau keluarga kurang kesedaran berkaitan bahaya dadah seperti kesan dadah untuk jangka panjang, kerosakan otak terhadap penagihnya dan pelbagai lagi.
Klien saya yang juga remaja turut mengaku pernah memukul ibu bapanya semata-mata mahukan wang untuk membeli dadah. Bagaimanapun, ibu bapanya tidak membuat laporan polis dan sebagainya kerana terlalu sayangkan remaja berkenaan. Selain itu, ramai ibu bapa sendiri yang masih tiada pengetahuan berkaitan pusat pemulihan diselia kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain lagi.
Ia menyebabkan usaha pemulihan berdepan pelbagai kesukaran.
Mengapa masih ada yang kembali menagih dadah walaupun selepas disahkan pulih?
Ia berlaku antaranya kerana tiada ketahanan diri.
Contoh, jika kita berdepan masalah maka kita akan bangkit namun tidak bagi golongan penagih ini.
Mereka mengambil dadah kerana mahu lari atau tidak mahu berdepan dengan masalah.
Oleh itu, penting untuk remaja dan pihak berkaitan untuk membina ketahanan serta keyakinan diri.
Selain itu, hubungan dengan keluarga serta komuniti yang tidak atau kurang baik turut menjadi punca kepada perkara ini.
Jika hubungan dengan keluarga atau ibu bapa baik, kita boleh berkomunikasi atau meluahkan perasaan kepada mereka dengan mudah serta mesra.
Jika sebaliknya, sukar untuk individu ini terus kekal bersih dan akhirnya, dia kembali menagih kerana beranggapan tiada siapa yang kisahkannya lagi.
Pada masa sama, ia juga lebih kepada kegagalan individu berkaitan untuk melawan perasaan, emosi, pemikiran selain tingkah laku sebelum kembali menagih dadah.
Kaedah psikologi bagi berdepan dengan penagih dadah.
Cuba sediakan check list.
Lihat kecenderungan terkini anak atau ahli keluarga kita seperti dahulu, mereka gemar duduk berbual namun kini lebih suka menyendiri di dalam bilik.
Pada masa sama, lihat juga keadaan fizikalnya seperti semakin kurus atau mata berair.
Apabila ada ciri-ciri itu, cuba untuk dapatkan rawatan buat anak atau ahli keluarga ini.
Hampiri mereka dengan empati, penerimaan positif tanpa syarat, perlu tulen, pujuk mereka untuk dapatkan rawatan selain lakukan ujian saringan air kencing seperti di Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK).
Apabila dadah dalam badan sudah dineutralkan, mereka ini boleh dimasukkan ke dalam program rawatan kaunseling, kecuali individu yang mengalami kerosakan kekal akibat menagih dadah seperti syabu.
Pada masa sama, kita juga boleh ajak mereka untuk melakukan perkara yang ada kaitan dengan kerohanian seperti lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.
Bagaimana Dr melihat penagih dadah hari ini?
Dahulu, penagihan dadah lebih kepada ganja serta opiat namun kini, ia lebih kepada dadah sintetik.
Apa yang berlaku ialah, dadah sintetik ini mengubah penampilan seseorang daripada berisi kepada kurus kering, cengkung dan sebagainya.
Berdasarkan sesi rawatan kaunseling yang saya jalankan, majoriti klien, khasnya remaja, gemarkan dadah sintetik kerana ia lebih 'mengghairahkan' serta menjadikan mereka lebih kuat serta berani.
Dadah yang advance ini cukup bahaya kerana ia menukar seseorang itu menjadi individu lain seperti berdepan masalah mental atau terbabit dengan jenayah.
Banyak yang perlu dilakukan untuk membanteras penagihan serta pengedaran dadah, khasnya dadah sintetik, dan ia memerlukan kerjasama semua pihak, tidak hanya pihak berkuasa sahaja.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ulih-kerosakan-otak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akta dadah ni ada 3 kategory... tapi sy pun x ingat... just that penagih dadah ni dulu adalah ura ura menyatakan drug addict ni perlu jalanan rawatan dan bukan hukuman. Tapi kalau dah terlalu ramai.. dah jadi satu masalah... mana kos nak sediakan tempat tinggal, latihan, rawatan... very expensive.
So, awareness yg paling penting... kita patut bagi tau pada anak anak kita.. dadah ni bahaya once u ambil masa depan u gelap... dah x boleh dah nak hide hide kena cakap terus terang pada anak anak. Dunia makin demanding and so parenting so sikap sambil lewa.. eh takdelah mana adalah anak sy itu ini no more dah... dgn technology yg makin advance ni... so kita pun kenalah catch up.. selain doa dan usaha.. kena straight forward bgitau young kids how dangerous dadah ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|