CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

[Sarawak] Beccari Rattan Valley Trail, denai bersejarah tarikan baharu di Taman Negara Kubah

[Copy link]
Post time 20-2-2022 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-2-2022 12:25 AM



Abdul Karim (tiga kiri) bersama isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar mendengar penerangan daripada Oswald (kanan) mengenai tumbuhan palma yang ditemui sepanjang Beccari Rattan Valley Trail di Taman Negara Kubah. Turut kelihatan Hii (kiri) dan Zolkipli (dua kanan). - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Denai bersejarah, Beccari Rattan Valley Trail (BRVT) dilancarkan hari ini sebagai produk tarikan pelancongan terbaharu di Taman Negara Kubah, Matang.

Denai tersebut dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim yang ditemui ketika menjejaki denai tersebut selesai pelancaran berkata, kawasan sekitar denai ini dan Taman Negara Kubah amnya kaya dengan tumbuhan palma.

Katanya, pelbagai jenis palma boleh ditemui di sepanjang laluan denai tersebut, malah ada antaranya lebih tinggi daripada manusia.

“Kawasan denai Beccari ini dijumpai oleh ahli botani dari Itali bernama Beccari kira-kira 100 tahun dahulu.

“Kita sangat bertuah kerana kerajaan negeri dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat memelihara tempat ini untuk kita dan generasi akan datang.

“Saya percaya dengan usaha oleh kerajaan negeri, SFC dan NGO, tempat ini akan menjadi antara lokasi tarikan bagi pelancong yang datang ke negeri ini,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton, Pengurus Besar SFC Oswald Braken Tisen dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee.
  
Bagi mempromosikan kawasan denai Beccari ini, kementerian menurut Abdul Karim sudah pasti akan memasukkannya dalam produk pelancongan negeri.

Dengan adanya fasiliti yang baik yang disediakan oleh kerajaan dan SFC, ia dapat menarik pelancong asing dan tempatan ke sini terutama peminat alam semula jadi, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Karim berkata, beliau telah mencadangkan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) antara Singapura-Sarawak menerusi Kuching atau Miri.

Katanya, pelaksanaan VTL ini amat diharapkan untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelawat ke negeri ini selepas penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19.

“VTL pertama adalah antara Singapura-Kuala Lumpur dan sekarang Brunei-Malaysia yang turut melibatkan Sarawak seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini ketika lawatan kerja ke Brunei.

“Saya sudah membuat cadangan, kita mahu melihat juga VTL antara Singapura-Sarawak sama ada Kuching atau Miri tetapi perlu sedikit kajian sebelum kelulusan dapat diberikan,” katanya.  

Abdul Karim percaya perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana semua tahu pengurusan COVID-19 di Sarawak adalah sangat ketat.

Sebab itu katanya, beberapa bulan lepas jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak rendah dan meskipun kembali meningkat pada masa ini, namun Sarawak masih dapat mengawalnya dengan baik.


utusanborneo.com.my/2022/02/19


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.134072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list