CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 19/02/2022

[Copy link]
Post time 20-2-2022 08:15 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 5,359 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 303,469 kes. Tujuh (7) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Sandakan dan masing-masing satu (1) kes di daerah Tawau, Kota Marudu, Sipitang, Tenom serta Kudat. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan
kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,506 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 255,653 orang. Manakala 2,834 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,421 orang di hospital, 1,293 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 119 orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 63 orang merangkumi 46 di ICU/repurposed kritikal care serta 17 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 35 orang lagi memerlukan alat bantuan
pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 77 (26.92%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian susut 206 kes hari ini berbanding jumlah kelmarin kepada 5,359 kes.

b. Secara keseluruhan jumlah kes baharu di daerah-daerah di Sabah adalah bercampur campur, ada daerah yang mencatatkan penurunan dan tidak kurang
pula daerah-daerah yang mencatat pertambahan kes. Dengan peratusan jumlah
kes jangkitan sporadik (dalam komuniti) yang masih tinggi (hampir 61.4% hari ini), agak mudah untuk meramalkan bahawa jumlah kes harian dalam masa terdekat akan kekal tinggi.

c. Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi di Sabah dengan
1,362 kes (-33) diikuti oleh Penampang dengan 583 (-25), Tuaran 494 (+174), Putatan 457 (+269), Papar 293 (-44), Lahad Datu 244 (-154), Tawau 243 (-187), Beaufort 233 (+75), Sandakan 207 (-82), Kota Belud 203 (-13), Keningau 166 (-
49), Kota Marudu 150 (-14) dan Ranau 147 (+43).

d. Daerah yang mencatat jumlah kes harian yang tinggi juga sinonim dengan peratusan jangkitan sporadik yang tinggi. Peratusan jangkitan sporadik di Kota Kinabalu hampir 62.5% daripada jumlah kes baharu, Penampang 64.1%, Tuaran
56.3%, Putatan 75.5%, Papar 56%, Lahad Datu 62.3%, Tawau 73.6%, Beaufort 68.2%, Sandakan 83% dan Kota Belud 60.6%. Kita boleh simpulkan bahawa
jumlah kes harian yang tinggi setiap hari berpunca daripada jangkitan dalam komuniti yang sukar dibendung lantaran tidak diketahui punca dan tempat jangkitan berlaku.

e. Cara terbaik untuk mengelak terdedah kepada jangkitan ialah mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai seperti tempat-tempat awam yang penuh sesak. Patuhi semua SOP dan nasihat KKM.

f. Jumlah kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang dijangkiti COVID-19 kekal tinggi iaitu 673 orang, 283 daripada mereka di bawah umur 5 tahun yang belum layak diberi vaksin. Seramai 390 orang lagi berumur antara 5 - 11 tahun yang belum menerima vaksin walaupun sudah layak memperolehinya. Kedua kumpulan ini merupakan 12.56% daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sabah hari ini. Amatlah disarankan agar ibubapa membawa anak-anak mereka yang sudah layak di vaksin untuk memperolehinya bagi mengurangkan risiko jangkitan atau kesan jangkitan yang lebih serius.

g. Daripada 5,359 jangkitan baharu hari ini, 5,341 pesakit atau 99.66% adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan (9) orang dalam Kategori 3, empat (4) orang
dalam Kategori 4 dan lima (5) orang dalam Kategori 5.

h Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,782) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat
kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak
Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.148420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list