CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Sarawak] Remaja cari tempat memancing terjumpa mayat

[Copy link]
Post time 19-2-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode


Polis dan pegawai forensik tiba dilokasi membuat siasatan berhubung penemuan mayat lelaki di kawasan tangki air di MJC Batu Kawa semalam.

KUCHING: Sekumpulan remaja yang sedang mencari tempat memancing di kawasan Sungai Maong Kanan, terkejut apabila menjumpai mayat manusia di kawasan tangki air di MJC, Batu Kawa malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 7.13 malam.

Jelasnya, identiti mayat tersebut telah dikenal pasti iaitu Chan Weng Hong, 63 berasal dari Kuching.

"Hasil siasatan setakat ini, polis tidak menjumpai barangan lain yang mencurigakan serta tiada unsur jenayah terhadap mangsa.

"Kes bagaimanapun diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati mangsa dianggarkan telah meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 48 jam.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa tidak pernah dilaporkan hilang sebelum ini," jelasnya lagi.

Ujarnya, mayat seterusnya dihantar ke Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.


utusanborneo.com.my/2022/02/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033464 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list