![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220219/sbw-ub190222-wz-mps.jpg)
SIBU: Orang ramai yang hendak berurusan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mesti melakukan Ujian Antigen RTK COVID-19 terlebih dahulu iaitu sehari awal dan memperolehi hasil keputusan negatif sebelum kunjungan mereka ke pejabat tersebut.
Pengerusinya Clarence Ting (gambar) berkata, keputusan ujian itu perlu dibuktikan serta ditunjukkan dalam bentuk gambar bersama-sama dengan kad pengenalan yang menunjukkan masa dan tarikh yang jelas.
Peraturan ini sejajar dengan peningkatan kes positif harian COVID-19 di Sarawak dan Sibu baru-baru ini.
“Ini berkuat kuasa serta-merta dari 18 Februari hingga 3 Mac,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru itu, tambahnya, pihak majlis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu membendung penularan wabak COVID-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa.
utusanborneo.com.my/2022/02/19 |