CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sarawak] Peralatan elektrik terbakar hampir ranapkan rumah

[Copy link]
Post time 19-2-2022 07:47 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba menunjukkan punca kebakaran tersebut.

KAPIT: Sebuah rumah hampir ranap dalam kejadian kebakaran di Taman Hijau, Jalan Stadium di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit PPgB Timoty Barat dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 pagi.

Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa asap berkepul dari rumah berkenaan.

"BBP Kapit kemudian mengerahkan tujuh anggotanya beserta sebuah jentera LFRT Artego yang diketuai ketua operasi PBK II Abu Osman Ramli.

"Jarak lokasi kejadian adalah sejauh dua kilometer dari balai.

"Tiba di tempat kejadian, pihak bomba dimaklumkan benar terdapat rumah mengeluarkan asap," katanya.

Menurutnya lagi, pihak bomba bertindak memasuki rumah tersebut yang tiada penghuninya kerana dipercayai sedang bekerja.

Timoty mengatakan pihak bomba mendapati beberapa peralatan elektrik di dapur sedang terbakar.

"Pihak bomba kemudian bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api jenis debu kering dan menutup suis utama elektrik di dalam rumah tersebut.
"Operasi terkawal pada jam 10.56 pagi.

"Apabila keadaan benar-benar selamat operasi ditamatkan seminit kemudian dan bertolak balik ke balai," tambahnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list