![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220214/img-20220214-wa0013.jpg)
Suspek ditahan untuk membantu siasatan.
MUKAH: Seorang peniaga ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek yang berumur 21 tahun ditahan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pinang, di sini.
Katanya, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah melakukan pemeriksaan mengejut di hadapan kediaman berkenaan dan menahan suspek pada jam 7.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, telah merampas satu keratan straw kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.12 gram di dalam poket hadapan kanan seluar panjang berwarna biru yang di pakainya," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, siasatan awal mendapati suspek turut memiliki rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Muhamad Rizal, suspek dan barang rampasan tersebut kemudian dibawa ke BSJND IPD Mukah untuk tindakan lanjut.
Katanya, ujian air kencing yang dilalukan terhadap suspek negatif dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
utusanborneo.com.my/2022/02/14 |