CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 2

[Sarawak] Kes kembali meningkat, ibu bapa digesa segera vaksin anak-anak

[Copy link]
Post time 10-2-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim dan Dr Noor bercakap kepada pemberita di KK Batu Kawa selepas meninjau pelaksanan PICKids. -Gambar Muhd Rais Sanusi

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian menggesa ibu bapa untuk segera menghantar anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak merekodkan peningkatan daripada satu angka kepada tiga angka berikutan penularan varian Omicron.

“Meskipun kesan varian Omicron adalah ringan tetapi ia tetap berbahaya jika menjangkiti warga emas yang berisiko tinggi.

“Sebab itu vaksin adalah penting untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun kerana mereka boleh menjangkiti ahli keluarga yang berumur (nenek atau datuk),” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan ke Klinik Kesihatan (KK) Batu Kawa bersama Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bagi meninjau pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di sini hari ini.

Dr Sim turut berterima kasih kepada semua ibu bapa yang telah mendapatkan vaksin bagi anak-anak mereka.

Vaksin katanya adalah komponen utama dalam usaha kerajaan melawan COVID-19 dan beliau berbangga dengan semangat solidariti rakyat negeri ini dalam melawan virus ini.

Katanya kerajaan boleh melaksanakan pelbagai usaha untuk melawan COVID-19 ini namun usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama rakyat.

Dr Sim turut berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan dalam pelaksanaan PICKids ini bagi kanak-kanak 5 tahun hingga di bawah 12 tahun di Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 02:38 AM | Show all posts
mcm2 alasan ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 08:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list