CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 10/02/2022

[Copy link]
Post time 10-2-2022 06:56 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Sarawak rekod 226 kes baharu

KUCHING: Sarawak terus merekodkan peningkatan kes baharu COVID-19 dengan 226 kes pada hari ini, sekali gus menyaksikan kes kumulatif di negeri ini meningkat kepada 253,626 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada kes baharu itu 222 adalah kategori satu dan dua manakala empat kes lagi adalah kategori tiga, empat dan lima.

Jawatankuasa turut mendedahkan daerah Miri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 75 kes diikuti Kuching (72) dan Sibu (31).

Sementara di daerah lain, iaitu Lawas dan Bintulu (9), Kapit (8), Limbang (6), Serian (5), Lundu dan Mukah (3) serta Samarahan, Sarikei, Meradong, Sri Aman dan Simunjan masing-masing (1).

Menurut JPBNS, Sarawak masih kekal satu kluster aktif dan tiada kematian direkodkan hari ini.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan 10 notis kompaun kesemuanya di daerah Kuching atas kesalahan melanggar SOP.

Katanya 10 notis kompaun berkenaan semuanya atas kesalahan gagal mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Dengan notis kompaun itu, polis hingga kini telah mengeluarkan 13,222 notis kompaun secara keseluruhan.


utusanborneo.com.my/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2022 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.238659 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list