View: 390|Reply: 1
|
[Sarawak]
KKM sasar 70 peratus kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap divaksin dalam tempoh 2 bulan
[Copy link]
|
|
KKM sasar 70 peratus kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap divaksin dalam tempoh 2 bulan
KUCHING, 10 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dalam negara yang layak mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 dalam tempoh dua bulan ini.
Timbalan Menteri Kesihatan l Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali berkata untuk mencapai sasaran itu, KKM memfokuskan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di sekolah yang akan bermula selewat-lewatnya pada 14 Februari ini.
Katanya, ia kerana kira-kira 2 juta pelajar kini berada di sekolah selain sistem penggiliran pelajar tidak lagi dilaksanakan di sekolah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke PICKids di Klinik Kesihatan Batu Kawa di Kuching hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seramai 300 kanak-kanak menerima vaksin Covid-19 di SK Buntal hari ini.
KUCHING-- Seramai 300 kanak-kanak setuju untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berlangsung di SK Buntal, hari ini.
Tinjauan Cats FM mendapati program tersebut berjalan lancar dan dijangka akan berakhir pada sebelah petang nanti.
Tambahnya, kanak-kanak yang bakal menerima vaksin ini turut ditemani ibubapa atau penjaga masing-masing dengan mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) kerajaan.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali.
Pada 3 Feb lepas, Timbalan Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah berkata seramai 272,500 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun layak untuk menyertai program PICKids namun hanya 12 peratus sahaja yang mendaftar menerusi MySejahtera setakat ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|