CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Borneo] SOP pemeriksaan suhu dimansuhkan bermula 11 Februari ini

[Copy link]
Post time 10-2-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode


Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu dan buku rekod daftar masuk di premis bermula 11 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein langkah dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Dengan pemansuhan ini, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod 'check-in' di pintu masuk premis masing-masing.

"Namun check in menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa," katanya ketika sidang media khas sempena mesyuarat ke-12 menteri kuartet Covid-19 di Kementerian Pertahanan pada Selasa.

Bagaimanapun, kerajaan mengalu-alukan sekiranya pemilik premis ingin meneruskan pelaksanaan kedua SOP tersebut.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pemansuhan kedua SOP itu adalah langkah ke hadapan yang dilakukan kerajaan untuk membawa negara bergerak ke hadapan dalam usaha mejangani Covid-19.

Katanya, negara kini akan memberikan tumpuan kepada tujuh tonggak yang telah digariskan di bawah pendekatan beralih ke negara ke fasa peralihan ke endemik.

Antara tonggak tersebut ialah pematuhan satu SOP umum dan sembilan garis panduan; sistem amaran dan tindakan dan 'National Testing Strategy'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.075865 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list