CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sarawak] 3,587 graduan Unimas terima ijazah dalam konvokesyen minggu depan

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:50 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING:  Selepas tiga tahun, akhirnya, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan mengadakan Majlis Konvokesyennya secara bersemuka.

Majlis  yang amat bermakna bagi graduan itu akan dilangsungkan dari 14 hingga 17 Februari tahun ini.

Konvensyen secara fizikal tidak dapat diadakan kerana ancaman Covid-19 dan PKP sejak awal 2020.

Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, 3,587 pelajar  bakal bergraduasi sempena majlis Konvokesyen UNIMAS ke-25 itu.

“Sebelum ini majlis konvokesyen  ditangguhkan, jadi ini  kali pertama dalam tempoh tiga tahun Unimas adakan majlis konvokesyen secara bersemuka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Yang hadir mengadakan kunjungan hormat itu termasuk Naib Canselornya Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  dijangka hadir dalam sesi penganugerahan ijazah kepada graduan pada 16 dan 17 Februari

Mengulas lanjut mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) majlis, beliau memaklumkan hanya graduan sahaja yang dibenarkan hadir secara fizikal.

Sebabyak 424 daripada 3,587 graduan pelajar di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana, termasuk 66 pelajar antarabangsa.

Unimas pernah mengadakan konvokesyen secara maya pada 2021, dan tiada graduan yang hadir ketika itu sebagai mematuhi prosedur operasi standard.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list