|
![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/12/jaul-11.jpeg)
KUCHING: Enam agensi kerajaan akan terlibat dalam projek rintis Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 bermula tahun ini bagi membanteras dan membendung amalan rasuah di negeri ini.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Hutan, Jabatan Agama Islam, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Regional Corridor Development Authority (RECODA) dipilih untuk projek pengurusan antirasuah itu.
“Agensi kerajaan harus memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada rakyat bahkan juga pemegang taruh,” katanya.
“Justeru, kementerian, agensi kerajaan, pengawal selia dasar dan peraturan perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam membangunkan peraturan yang lebih berkualiti dan telus,” katanya pada Majlois pelancaran Projek Perintis Ms ISO 3700:016 Sistem Pengurusan Antirasuah di sini, semalam.
“Peraturan yang disediakan bukan sahaja untuk dipatuhi malahan dapat membendung sesuatu yang bertentangan dengan peraturan seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta ketirisan daripada berlaku
Menurutnya SPAR merupakan satu sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik pengurusan antirasuah secara lebih berkesan.
Katanya, selain itu ia menggariskan pelbagai dasar dan prosedur yang boleh dipatuhi dan digunakan oleh organisasi sebagai ukuran kawalan sistem pencegahan rasuah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|