View: 326|Reply: 0
|
[Sarawak]
Abdul Karim sambut baik cadangan pembukaan semula sempadan antarabangsa Mac ini
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220209/abdulkarim.jpeg)
KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) mengalu-alukan cadangan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia tanpa keperluan kuarantin wajib pada Mac ini.
Abdul Karim berkata pada asasnya, pembukaan sempadan negara mempercepatkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meningkatkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) .
Menurutnya, cadangan dan saranan dikemukakan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah petanda baik untuk pemulihan cepat pelbagai sektor ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 terutamanya industri pelancongan dan hospitaliti.
“Sarawak tidak terkecuali kerana telah kehilangan berbilion-bilion daripada aliran pendapatan industri pelancongan dan perhotelan sedangkan pada tahun-tahun lepas, sektor ini telah menyumbang kepada ekonomi tempatan dan mata pencarian mereka yang bekerja dalam industri hiliran.
“Oleh itu, cadangan pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut baik oleh pemain industri kerana impak positif daripada pembukaan semula sempadan kita akan meningkatkan usaha pemulihan ekonomi kita,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Karim yang juga Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan itu berkata rakyat turut akan mendapat faedah daripada pembukaan sempadan negara kerana akan wujud pekerjaan apabila sektor pelancongan dan perhotelan semakin pulih.
“Selain itu, industri pelancongan perubatan Sarawak juga dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan semula sempadan kita kerana sebelum ini, aliran hasil daripada sektor tersebut telah menggalakkan penubuhan institusi perubatan dan hospital swasta di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.
“Malah, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) baru-baru ini memaklumkan bahawa pelancongan perubatan di negara kita telah menyumbang RM1.7 bilion kepada ekonomi pada 2019 sebelum penularan wabak COVID-19 pada 2020,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Abdul Karim, bagi memudahkan pembukaan semula sempadan negara, kesedaran dalam kalangan bakal pelawat perlu dididik dan disemai mengenai keperluan untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum menerima sebarang permohonan penyertaan.
Jelas beliau juga, perlu ada usaha bersepadu oleh pemain industri berkaitan untuk memastikan hanya pelancong dan pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya dengan dos penggalak dibenarkan masuk agar risiko jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan dan dielakkan.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|