CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 1

[Dunia] Kumpulan antivaksin yg keluarkan rekod vaksin palsu berjaya didakwa

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Sekitar 20 pesakit terbabit konspirasi tipu rekod vaksinasi
Februari 3, 2022 @ 9:16pm


SINGAPURA: Dua lelaki didakwa bersubahat menipu dan menyerahkan rekod vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) dibenar diikat jamin.

Sementara itu, permohonan ikat jamin seorang lagi individu yang turut dituduh terbabit dalam konspirasi penipuan vaksinasi itu ditolak mahkamah.

Iris Koh, pengasas kumpulan antivaksin, Healing the Divide, tidak diberi ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Isnin lalu kerana pihak pendakwaan mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 20 pesakit terbabit dalam konspirasi itu.

Koh, 46, juga dikatakan enggan bekerjasama untuk membantu siasatan polis, selepas dituduh Jumaat lalu kerana bersubahat dengan pengamal perubatan, Jipson Quah, untuk membuat pengesahan palsu kepada MOH.

Mereka didapati menyatakan bahawa individu yang belum divaksin sudah mengambil vaksin Sinopharm walaupun mereka sebenarnya tidak menerima sebarang suntikan vaksin.

Quah, 33, dituduh membuat pengesahan palsu kepada MOH dengan menyediakan rekod vaksinasi COVID-19 palsu, namun diberikan ikat jamin SGD20,000 (RM62,000) Isnin lalu.

Pembantu Quah, Thomas Chua Cheng Soon, 40, yang berdepan tuduhan sama, turut diberikan ikat jamin SGD15,000 (RM46,500). Ketiga-tiga tertuduh ialah warga Singapura.

Isnin lalu, pihak pendakwa, dalam hujah terhadap rayuan Koh memohon diberikan ikat jamin, berkata sekurang-kurangnya 20 pesakit terbabit dalam konspirasi penipuan.

Siasatan yang sedang dijalankan mendedahkan kesalahan berhubung pengujian yang dilakukan sendiri dan surat pengecualian vaksin palsu.

Pihak pendakwaan berkata sejak penahanannya pada 21 Januari lalu, Koh gagal bekerjasama dan ini melengahkan siasatan polis.

Koh mengoyak kenyataan polis pada hari kelima sewaktu ditahan reman, mengoyak pertuduhan yang dibaca kepadanya Jumaat lalu, yang menurut hakim, dianggap sebagai 'tidak menghormati proses siasatan dan mahkamah'.

Koh juga berulang kali mengadu mengalami kegelisahan dan serangan panik, tetapi enggan mendapatkan rawatan perubatan.

Hakim Vincent Hoong bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa kegagalan Koh untuk bekerjasama dengan penyiasat polis menyebabkan dia perlu direman untuk siasatan.

"Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa ia adalah disebabkan usaha pemohon untuk menggagalkan dan menghalang siasatan yang telah jelas menyumbang kepada keperluan untuk tempoh reman ini dilanjutkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jiang Ke-yue, memberitahu mahkamah bahawa polis banyak bertolak ansur dengan Koh dan menawarkan rawatan perubatan jika perlu, tetapi bukti menunjukkan bahawa dia tidak memberi kerjasama.

Ke-yue berkata ketika pertuduhan dibacakan kepada Koh Jumaat lalu, dia menjerit untuk menolaknya, melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai siasatan dan mengoyak kertas pertuduhan. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Well well well geng tanjak malaysia bila lago?  Dah la biarkan orang mati haritu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.226572 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list