CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4201|Reply: 2

[DUNIA] Tiga Jenis Ilmu Besi Yang Dikuasai Melayu, Hasilnya Sangat Luar Biasa!

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Tiga Jenis Ilmu Besi Yang Dikuasai Melayu, Hasilnya Sangat Luar Biasa!


“Hei, kersani mengalirlah dikau.. Menjadi raksa mengisi belikat punggungku.. Agar aku bisa berdiri, tegap dan segak bagaikan Laksamana Melayu.. Hak..!!”

Inilah antara bait-bait kata yang dijalin indah menjadi lirik bagi lagu Mentera Semerah Padi, nyanyian Datuk M. Nasir dan sehingga ke hari ini, ia tetap malar segar.

Namun di sebalik lirik itu terdapat satu perkataan yang cukup unik untuk diberi perhatian iaitu pada perkataan ‘kersani’ yang diseru ‘menjadi raksa’ bagi ‘mengisi belikat punggung’.

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, kersani merujuk kepada besi yang baik mutunya, merupakan besi asli yang paling kuat serta berasal dari Khurasan di Parsi.

Besi ini pula sifatnya boleh mencair semasa berkeadaan sangat panas dan boleh mengeras apabila berada dalam kondisi yang dingin dan tenang.

Maka tidak hairanlah mengapa besi kersani diseru menjadi raksa untuk mengisi belikat punggung untuk tujuan mengkukuhkan diri dalam pelbagai keadaan.

Selain itu, berikut adalah jenis-jenis besi yang ada di dunia dan orang-orang Melayu cukup arif memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.

BESI KURSANI

Selain penerangan di atas, besi kersani dikatakan bukan sahaja ditarik dari kerak bumi malah turut dikenali dengan nama kursani, qursani, kharsani, khurasani dan khursani.

Mengikut cerita lisan, terdapat segelintir orang-orang terdahulu tersebut sering memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan kekuatan besi kersani kepada diri mereka.

Bagi individu lain pula, besi kersani dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia dan bagi yang menyedari, ada kaedah tertentu yang boleh digunakan untuk membangkitkan semangat besi kersani.

Kononnya, ia menjadi sumber kekuatan batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani dan berharap semangat besi tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya kesaktian yang luar biasa.

Proses mewujudkan besi dalam dirinya bermula dengan pengamal membayangkan kekuatan yang mengalir dalam urat-urat saraf.

Lazimnya berpusat dari bahagian tapak tangan, besi kersani tersebut akan bertindak semacam cecair dan menjalar ke seluruh tubuh.

Kononnya, pendekar yang berkemahiran tinggi dalam ilmu tersebut dan mempunyai keupayaan membuat diri mereka kebal dan kelis senjata.

Guru-guru terdahulu dikatakan teramat memilih dalam menurunkan ilmu besi tersebut dan tidak menghairanlah, ilmu tersebut menjadi idaman sebahagian orang Melayu.

Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga.

BESI KUNING

Besi kuning dipercayai berasal dari sarang lebah yang biasanya berada di atas gunung dan berbentuk seperti kepompong kecil yang memiliki lubang sebesar jarum.

Ada juga yang mengatakan besi kuning berasal daripada campuran tujuh jenis sumber alam yang ‘beraura’ seperti emas, perak, tembaga, timah, nikel dan lain-lain.

Berdasarkan cerita turun-temurun, dalam pembuatan keris Taming Sari juga telah dimasukkan besi kuning ini selain daripada campuran besi-besi lain.

Terdapat juga mitos popular yang bersangkut-paut dengan alam mistik kononnya pemilik besi kuning dikatakan kebal daripada sebarang serangan.

BESI KERIS

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau.

Keris merupakan satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.

Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Sang Guna adalah orang pertama di zaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal.

Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.Raja Islam pertama di Brunei, iaitu Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Syah, dikatakan pernah ke gunung Kinabalu untuk menumbangkan seekor seladang bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya.

Semasa memburu seladang itu, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Baginda telah menemui besi tahi bintang.

Besi itu ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut cerita, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang di pinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla.

Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh.

Kredit : Ustaz Md Rosdi Hasan
https://demimalaiu.com/tiga-jeni ... -sangat-luar-biasa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg follow fb ustaz rosdi..
Beliau mmg terkenal dengan ilmu2 kebatinan ni.
Penah dulu dia share video2 masa merawat pesakit. Yang terkini tentang ilmu sihir guna lintah.

Orang-orang dulu mmg kuasai ilmu2 camni.
Dulu arwah nenek sedara boleh ubati penyakit kulit kanak-kanak mcm ekzema dan chicken pox. Iols dulu kena chicken pox dirawat nya dengan mandi air daun apa ntah.
Esok terus kering chicken pox tu .
Takyah dh makan ubat doktor
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 31-1-2022 12:50 AM
Iols mmg follow fb ustaz rosdi..
Beliau mmg terkenal dengan ilmu2 kebatinan ni.
Penah dulu dia share ...

Iols masa demam campak masa kecik2 pun kena mandi daun dan minum air nyoq. Tak ingat amik masa baper lama nak elok, tapi bkn overnight la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.519820 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list