Edited by Vellfire at 26-1-2022 01:40 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220126/twu-ub260122-hs-mptp1.jpg)
TINJAU: Joseph (kiri) bersama agensi lain semasa membuat tinjauan di bangunan Pasar Sri Tanjung.
TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan mendapatkan penilaian pakar berkenaan keretakkan beberapa tiang di bangunan Pasar Sri Tanjung sebelum tindakan susulan dibuat.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang Pick Lim berkata pihaknya mendapat aduan berkenaan keretakkan tiang dan beberapa dinding di bangunan tersebut dua hari yang lalu.
“Setelah diperiksa, tiga tiang bangunan tersebut mengalami keretakkan dan menjadi kerisauan adalah satu daripadanya pada tahap yang serius.
“Kita sudah memanggil semua agensi berkaitan termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR), Bomba, Jabatan Kesihatan dan Kejuruteraan MPT untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.
Katanya, setelah laporan penilaian diterima, MPT akan mengambil keputusan segera mengikut nasihat pakar.
“Kita mengambil berat perkara ini dan tindakan segera akan dilakukan demi keselamatan penjaja dan pengunjung di sini.
“Keselamatan lebih 1,000 penjaja dan kakitangan sembilan agensi kerajaan di bangunan ini akan terus diberi keutamaan,” katanya.
Joseph berkata setakat ini belum ada arahan untuk mengosongkan bangunan tersebut sehingga laporan pakar diterima.
“Sekiranya memerlukan pembaikan struktur bangunan ini, penjaja yang ada di sini akan dipindahkan ke kawasan lain buat sementara waktu.
“MPT akan menyusun atur semua penempatan penjaja sekiranya bangunan ini perlu dikosongkan untuk pembaikan supaya pendapatan mereka tidak terlalu terjejas,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/26
|