CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sabah] Dua individu palsukan dokumen ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang kontraktor yang dipercayai mengemukakan dokumen palsu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini.

Menurut sumber penahanan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masing-masing berumur 41 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi semasa memberikan keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini.

“Difahamkan kedua-dua suspek mengemukakan dokumen palsu itu bagi memasuki tender membekal dan menghantar bahan-bahan makanan kepada sebuah hospital di salah satu dearah di Sabah.

“Perbuatan itu dilakukan untuk tempoh dua tahun pada 2017 dengan nilai kontrak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.2 juta,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy (gambar) ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tambahnya kedua-dua suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan.

S. Karunanithy juga mengingatkan agar kontraktor yang mengambil mana-mana kontrak kerajaan agar tidak mengemukakan penyata kewangan palsu berikutan perbuatan itu adalah satu kesalahan.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.414445 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list