View: 1154|Reply: 0
|
Ulangkaji Rukun-Rukun Dalam Agama Kita, Islam
[Copy link]
|
|
Ulangkaji Rukun-Rukun Dalam Agama Kita, Islam
1) Rukun Islam
2) Rukun Iman
3) Rukun Solat
Rukun Islam
1) Mengucap kalimah syahadah
2) Mengerjakan solat
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Mengeluarkan zakat
5) Mengerjakan haji sekiranya mampu
Rukun Iman
1) Percaya pada tuhan
2) Percaya pada malaikat
3) Percaya pada kitab Al Quran
4) Percaya pada rasul
5) Percaya pada hari qiamat
6) Percaya pada qada dan qadar
Rukun Solat
1) Berdiri tegak
2) Niat
3) Takbiratul Ihram
4) Membaca surah Al Fatihah
5) Rukuk dan thumakninah
6) Iktidal dengan thumakninah
7) Sujud dua kali dengan thumakninah
8) Duduk di antara dua sujud dengan thumakninah
9) Duduk bagi tahiyat akhir
10) Membaca tahiyat akhir
11) Membaca selawat
12) Memberi salam
13) Tertib
13 Rukun ini pula ada 3 pecahan dikenali sebagai:
Rukun Qauli(Bacaan mulut dengar di telinga sendiri)
1) Takbiratul Ihram
2) Membaca Al Fatihah
3) Membaca tahiyat akhir
4) Selawat atas nabi pada tahiyat akhir
5) Salam yang pertama
Rukun Qalbi(Dalam hati)
1) Niat
2) Tertib
Rukun Fi'li(Perbuatan/Pergerakan)
1) Qiam( Berdiri tegak)
2) Rukuk
3) Iktidal
4) Sujud
5) Duduk di antara dua sujud
6) Duduk membaca tahiyat akhir
Solat sunat yang digalakkan dan amat digalakkan.
Sebelum(Qabliyah) dan selepas(Ba'diyah) solat waktu:
1) 2 rakaat sebelum subuh(amat digalakkan). Tiada solat sunat dan dilarang solat sebaik sahaja selepas subuh.
2) 2 rakaat zohor @ Jumaat(amat digalakkan) dan 2 rakaat selepas zohor @ Jumaat(amat digalakkan).
3) 2 rakaat sebelum asar(digalakkan). Tiada solat sunat selepas asar.
4) 2 rakaat sebelum magrib(digalakkan) dan 2 rakaat selepas magrib(amat digalakkan).
5) 2 rakaat sebelum isyak(digalakkan) dan 2 rakaat selepas isyak(amat digalakkan).
WUDHU
PENGERTIAN WUDHU ADALAH MENGGUNAKAN AIR BERSIH(SUCI LAGI MENSUCIKAN) UNTUK MEMBASUH ANGGOTA2 TERTENTU YANG DITETAPKAN SYARAK.
FARDU WUDHU
1) Berniat mengambil wudhu
2) Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dua2 tulang dagu(bawah dagu) dan antara cuping dan anak telinga kanan dan kiri
3) Basuh kedua tangan (dari pergelangan tangan hingga ke siku)
4) Sapu sebahagian dari kepala
5) Membasuh kedua kaki serta kedua buku lali
6) Tertib
SUNAT WUDHU
1) Membaca Bismillah dan membasuh kedua belah tangan hingga ke pergelangan tangan
2) Berkumur sebanyak 3 kali
3) Memasukkan air ke dalam lubang hidung sebanyak 3 kali
4) Menyapu air kedua2 belah telinga sebanyak 3 kali
5) Membaca doa wudhu
Setelah selesai mengambil wudhu, bacalah doa berikut:
Asyhadu alla ilaaha illallah, wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa Rasuluhu" kerana dengan ucapan tersebut akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dia boleh memilihnya dari pintu mana yang dia kehendaki ( HR Muslim, 234),
Kemudian disambung dengan doa "Allah humaj'alni minattauwabina waj'alnii minal mutathahhiriina"
Maksudnya:
Ya Allah, jadikan aku golongan orang2 yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang yang membersihkan diri (Sahih sunan at-tarmizi)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu". (HR Muslim, 250)
Ada 3 hal dlm hidup yg tidak boleh kembali:
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan
Ada 3 hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 hal yg paling berharga:
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 hal yg membentuk watak seseorang:
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 hal yg membuatkan kita sukses:
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 hal yg tidak pernah kita tahu:
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
Ada 3 hal dalam hidup kita yg pasti:
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|