|
Elton John dijangkiti Covid-19
ELTON John
Los Angeles: Penyanyi legenda Elton John, 74, disahkan positif Covid-19 dan terpaksa membatalkan konsert siri jelajahnya yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok di Dallas, Texas.
Menerusi sebuah kenyataan, penyanyi itu bagaimanapun cuma mengalami simptom ringan dan persembahan itu ditunda buat masa ini sehingga dia kembali sihat.
"Dukacitanya siri jelajah Farewell Yellow Brick Road yang dijadualkan pada 25 Januari (26 Januari waktu Malaysia) dan 26 Januari (27 Januari waktu Malaysia) harus ditunda kerana Elton positif Covid-19.
"Mujur dia (Elton) sudah divaksin penuh serta terima dos penggalak, dan hanya mengalami simptom ringan. Peminat boleh simpan tiket mereka kerana tarikh baharu persembahan itu akan diumumkan tidak lama lagi," demikian pengumuman itu.
Elton John kembali menyambung siri jelajahnya itu bermula 20 Januari lalu selepas berehat dua tahun disebabkan penularan Covid-19. Persembahan pertamanya diadakan di New Orleans.
Menurutnya, dia sangat lega dapat kembali beraksi di pentas dan menyifatkan pandemik yang melanda satu pengalaman baharu untuk semua.
"Wow, kami tidak membuat sebarang persembahan sejak 6 Mac, 2020. Ini adalah satu pengalaman baharu untuk kami. Tak pernah saya berehat terlalu lama begini dalam hidup saya," katanya.
John bagaimanapun memanfaatkan tempoh berkurung dengan menghasilkan album kerjasama bersama artis lain berjudul The Lockdown Sessions.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu termasuk Cold Heart hasil duet bersama bintang pop sensasi, Dua Lipa. Lagu itu cukup fenomena dan digilai pendengar di pelbagai platform termasuk TikTok.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... dijangkiti-covid-19
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|