CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

[Sabah] Majikan Seluruh Negeri Disaran Daftar Maklumat Di JTK Sabah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 12:02 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Semua pemilik syarikat dan majikan di seluruh negeri diminta untuk segera mendaftarkan  maklumat penggajian pekerja kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.

JTK Sabah dalam satu kenyataan berkata, ia termasuklah mendaftarkan lokasi perniagaan menerusi platform pendaftaran secara digital bagi memudahkan pihak majikan melaksanakan tujuan berkenaan.

“Semua pemilik syarikat dan majikan khususnya di Sabah perlu mendaftarkan maklumat penggajian dan lokasi perniagaan kepada pihak JTK Sabah dengan segera melalui https://jtksbh.mohr.gov.my/qrdaftar/

“Kegagalan mendaftarkan syarikat anda adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) iaitu memperuntukkan kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis maklumat berkaitan penggajian kepada mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dalam tempoh 90 hari,” kata kenyataan itu disini hari ini.

Pendaftaran melalui QRDaftar JTK Sabah itu merupakan antara program kearah pendigitalan aktiviti-aktiviti bagi memudahkan majikan-majikan berurusan dengan agensi berkenaan.

JTK Sabah berkata, kegagalan berbuat demikian adalah menjadi suatu kesalahan dibawah seksyen 130E (f) Ordinan yang sama dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM 10,000.

“Justeru itu, JTK Sabah menyeru semua majikan baru atau lama agar untuk mendaftarkan maklumat di QRDaftar seterusnya direkodkan di JTK Sabah selain mengelakkan pelanggaran undang-undang,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.313393 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list