CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri giat laksana program basmi kemiskinan

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Limus merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin masyarakat yang hadir pada taklimat itu.

KUALA PENYU: Kerajaan negeri akan terus giat melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan dengan memberi keutamaan kepada golongan miskin tegar selari dengan tema 'Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera'.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, tema yang dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen kerajaan Negeri itu diyakini mampu memulihkan ekonomi yang terkesan daripada pandemik, seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Jelas beliau, banyak program yang telah dirangka bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar antaranya bimbingan dan latihan melalui Program Pembangunan Usahawan Desa dan Program Satu Daerah Satu Produk dan penggunaan teknologi terkini bagi memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan oleh arus perubahan.

"Saya berharap semua agensi pelaksana serta badan bukan kerajaan (NGO) dapat meningkatkan kerjasama dan penyelarasan agar semua projek dan aktiviti pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dengan impak yang nyata kepada kumpulan sasaran.

"Dengan pendekatan bersepadu dan komitmen semua pihak, saya yakin usaha membasmi kemiskinan dan miskin tegar di negeri kita ini akan membuahkan hasilnya, " katanya semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Taklimat Strategi Pelaksanaan Pemutihan Miskin Tegar Tahun 2022 anjuran Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah di Dewan Shahbandar Makang, dekat sini kelmarin.


UCAPAN: Limus (kiri) menyampaikan ucapannya sempena majlis pentupan Majlis Penutupan Taklimat Strategi Pelaksanaan Pemutihan Miskin Tegar Tahun 2022.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu memberitahu, bagi menjayakan program pemutihan miskin tegar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Pejabat Daerah memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam memastikan kumpulan sasar benar-benar mendapat perhatian sewajarnya.

"Saya berpendapat bahawa program-program pembangunan ekonomi perlu terus diperhebatkan, bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, seterusnya mengelak proses migrasi anak kampung ke bandar-bandar.

"Dengan erti kata lainnya, projek dan aktiviti yang dijalankan harus menjurus kepada usaha untuk mendorong, menggalak dan menyokong agar mereka mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengubah cara hidup mereka sendiri.

"Impak jangka panjang dan 'sustainability' merupakan dua perkara yang perlu diambil kira dalam mengenal pasti projek dan aktiviti ekonomi rakyat.

"Saya minta aspek ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak yang menghadiri program pada hari ini. Jika tidak, usaha dan strategi yang dirancang bagi menangani masalah miskin tegar, tidak akan berhasil, " katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 1.964866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list