CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sabah] Banyak peluang boleh dimanfaatkan pelabur China di Sabah

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:37 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Foo (kiri) sedang berbincang dengan Liang Caide ketika dalam pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Peluang terbuka luas untuk para pelabur China untuk datang meneroka potensi pelaburan di Sabah.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Foo Ngee Kee berkata, tidak dinafikan kerajaan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pengusaha tempatan, bagaimanapun sektor pengeluaran negeri ini hanya menyumbang tujuh peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah.

"Oleh yang demikian masih banyak ruang terbuka untuk membuat penambahbaikan dalam sektor ekonomi.

"Sabah tidak dinafikan kaya dengan sumber alam selain dikurniakan persekitaran serta lokasi geografi yang unik. Usahawan China boleh memilih Sabah sebagai destinasi mewujudkan kilang.

"Usaha ini sudah pasti akan membantu pembangunan usahawan tempatan sektor hiliran, huluan dan peluang perniagaan," katanya ketika mengadakan Kunjungan Hormat kepada Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat kebaikan sekiranya syarikat China datang ke Sabah melabur, mereka bukan sahaja dapat menjimatkan kos perkapalan, tetapi juga dengan penggunaan teknologi terbaharu dalam mempercepatkan pengeluaran produk, ia secara tidak langsung boleh menghasilkan kos efektif dan berdaya saing dalam pasaran eksport.

Foo berkata, sekiranya Kalimantan belum mula menarik pelabur China secara sepenuhnya, syarikat dari China boleh pilih Sabah untuk membangunkan perniagaannya terlebih dahulu.

"Kepelbagaian manfaat boleh didapati pelabur China di Sabah khususnya dari segi lokasi yang strategik, kestabilan politik, persekitaran baik dan penduduk tempatan juga berkeupayaan bertutur dalam bahasa mandarin.

"Saya berharap pihak Konsulat mampu menggalakkan lebih ramai syarikat China datang ke Sabah sekali gus mampu memperkasakan ekonomi tempatan dan menguatkan lagi hubungan diplomatik diantara Malaysia dengan China," katanya.

Liang Caide dalam pada itu, percaya Sabah mempunyai potensi besar dalam ekonomi. China juga menyifatkan Sabah sebagai negeri yang penting sebab pelbagai jenis kerjasama boleh dijalin.

Katanya, Sabah tidak dinafikan kaya dengan sumber alam dan pemandangan juga sangat menarik.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 1.408919 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list