![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272163604_241368538168755_4058025177008159876_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=XP4SCFdOqeUAX-lk7IP&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=00_AT8BwYPGAZKztQswdWiq9nI9BKn8RIVIbPdOrfbIoxJYgg&oe=61F42A41)
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272268986_241368558168753_8484923474771806834_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=AdZ0luvPns0AX8r6-LO&_nc_oc=AQn_cCUQOFfyfQxk9VxsScJsXIZbQQhKTlm5wln75CTpKTkfaNulrmL-zD2YY_z0H-sM7svBPA7pr6ALR8tfThwW&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT_BfN_UazPnBDhzIUbNRY8nYyMWsCTudjnbClEnVY4owQ&oe=61F551FE)
COVID-19: Sarawak catat 10 kes
KUCHING: Sarawak merekodkan sepuluh kes positif baharu COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 252,719 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata daripada sepuluh kes tersebut, tiga kes melibatkan kategori satu (tiada gejala) manakala enam kes membabitkan kategori dua (gejala ringan) dan satu kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).
Di daerah Miri, tiga kes positif baharu COVID-19 direkodkan. Ia diikuti Sibu (3), Limbang (2) dan masing-masing satu kes di Sarikei dan Pusa. JPBNS juga memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dan tiada kluster baharu dikesan.
Mengenai notis kompaun JBPNS memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan tujuh kompaun terhadap tiga individu dan empat perbadanan akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan notis kompaun dikeluarkan KKM sehingga kini sebanyak 692.
Katanya kesemua notis kompaun berkenaan dikeluarkan di daerah Kuching (3), Serian (3) dan Saratok (1).
utusanborneo.com.my/2022/01/25 |