CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 3

Mungkin Idris Elba jadi James Bond

[Copy link]
Post time 24-1-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode



Mungkin Idris Elba jadi James Bond

Los Angeles: Penerbit eksekutif filem Bond, Barbara Broccoli tidak menafikan kemungkinan pelakon Idris Elba bakal membawa watak James Bond untuk sekuel akan datang filem itu.

Broccoli berkata, nama pelakon itu turut disebut-sebut dalam perbincangan, namun sukar untuk berbicara lanjut mengenainya buat masa sekarang.

"Kami kenal Idris, bersahabat dengannya dan dia adalah seorang pelakon yang luar biasa. Dia turut disebut dalam perbincangan tetapi kami belum boleh berbicara lanjut mengenainya sementara watak itu masih dimiliki orang lain.

"Kami hanya akan membuat keputusan selepas No Time to Die habis ditayangkan sepenuhnya. Kami berpeluang rasa dan mendapat manfaat sepanjang pembabitan Daniel Craig.

"Kami tidak mahu fikir atau bercakap mengenai orang lain pada waktu sekarang," katanya.

Jika ia menjadi kenyataan, Elba adalah pelakon kulit hitam pertama membawa watak James Bond.

Ada juga khabar angin mengatakan Elba bakal membintangi filem Bond sebagai watak penjahat.

Menurut satu sumber, pelakon itu ada berbincang secara tidak formal dengan studio terbabit mengenainya.

"Dia diberitahu ada watak sesuai untuknya dalam filem Bond akan datang sekiranya dia mahu. Dia tidak akan memegang watak itu (Bond) sebaliknya diberikan watak baharu.

"Perbincangan itu masih di peringkat awal namun dia mungkin akan diberikan watak penjahat," kata sumber terbabit.

Terdahulu, Craig mengumumkan dia mahu 'bersara' daripada menggalas watak James Bond yang dipegang sejak 2006.

Sekuel No Time to Die menjadi lakonan terakhirnya sebagai ejen perisik popular itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lba-jadi-james-bond

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:07 PM | Show all posts
Alamak...iols mcm x berkenan kot...sorry
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blakerainer at 24-1-2022 03:33 PM

Deols tgh gigih nk normalize people of color utk watak iconic . James bond, little mermaid, superman apa lagi puak2 ni nak tapau. Mmg tak minat la nak tengok pasni hahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 24-1-2022 04:00 PM

Kalau executive producers dah cakap macam tu, maknanye peluang nak jadi next Bond tipis ler tu, lagipun Idris ni dah nak masuk 50 tahun ni, mcm dah terlambat, maybe ler kot diorang ambik utk jadi main villain. Filem Bond biasa keluar setiap 2-3 tahun, by the time filem ke-3 keluar, Idris masuk 60 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057356 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list