CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19654|Reply: 19

Bagaimana Status NCB/NCD Apabila Kereta Telah Dijual

[Copy link]
Post time 28-8-2010 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by NOBIMOMABIHA at 28-8-2010 16:48

Saya ingin tahu daripada forumer di sini yang mungkin boleh berkongsi pandangan tentang status NCB/NCD apabila kereta kita dijual. Saya difahamkan boleh transfer kepada kereta lain yang didaftarkan atas nama kita tetapi bagaimana pula sekiranya kita tidak mempunyai kereta lain? Bolehkan NCB/NCD ini dibawa ke hadapan? Berapa lama tempoh boleh disimpan? Ada sesiapa yang arif tentang perkara ini?

Seperkara lagi kereta yang baru berusia 2 tahun kalau dijual rugi ke tidak? Baki hutang di bank ada lagi 5 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2010 05:48 PM | Show all posts
Reply 1# NOBIMOMABIHA


    Tak ada ke sesiapa yang tahu? Please I need opinion before proceed to sell my car.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 05:56 PM | Show all posts
aku tolong jawab pasal harga jual....biasanya tak untung malah kalo jual pong ke top up balik...melainkan kereta ko nie ko jual mahai kira untung selepas full settlement pastu ader yg sanggup beli

ncb kereta lama leh bawak ke kereta baru...tapi tempoh wa tak pasti
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 28-8-2010 19:05

soalan tentang sama ada NCD boleh di bawa ke hadapan

Jawapan

Yes. Bila kau jual kete tu dan terminate kau punya insuran, syarikat insuran akan bagi (mungkin juga kau kena mintak) surat NCD. Surat tu kau boleh simpan dan sah laku kalu tak silap sehingga dua tahun (minta tosse tolong confirmkan tempoh ini, memandangkan dia adalah president GGH).  Untuk jawapan yg lebih pasti sila bertanya dgn syarikat insuran anda sekarang Berdasarkan pengalaman aku, bukan setakat nak bawak ke hadapan, nak bawak ke luar negara pun boleh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2010 06:24 PM | Show all posts
Reply 3# mycos79


    Terima kasih dengan reply ni. Tapi kalau saya tetapkan harga jualan lepas tu minta pembeli runding dengan bank pembiaya jumlah berkenaan pun bolehkan?. Bank akan bayar baki hutang sepenuhnya dan dapat rebet. bagaimana pulak rebet itu akan dikembalikan kepada saya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply 4# zzcbr


    Terima kasih di atas reply. Saya dengar juga orang kata NCB boleh bawa ke luar negara. Tetapi di sini saya tak pastilah pulak ada sistem NCB ke tidak. Tentang pindah ke kereta lain tu saya faham masalahnya saya tak ada kereta lain. saya sekarang di luar negara sehingga 2013. Anyway....reply ni sangat saya hargai. Saya akan cuba rujuk syarikat insuran saya juga tentang ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2010 06:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mycos79 at 28-8-2010 18:32

Reply 5# NOBIMOMABIHA

biasanya full settlement dia kasi kurang jer...contoh pada bulan tu ader rm30k kalo buat fs mungkin leh dapat rm25k...apa2 rujuk bank dulu....kalo elok pi tanya bank berapa fs..... contoh rm25k pastu ko jual ler kat pembeli rm30k...untung tu ko punya rm5k...rm25k pi clear loan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2010 06:47 PM | Show all posts
Reply 7# mycos79


    Thank you for sharing. Maknanya lebih senang kalau pembeli bayar muka kat saya jumlah rebet berkenaan dan minta dia apply loan ikut harga jualan. Bank biasanya akan lulus kalau harga mengikut harga pasaran dan kelayakan peminjam. Betul tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2010 06:50 PM | Show all posts
Reply 7# mycos79


    Mungkin mycos arif tentang kereta dan valuenya dan boleh bantu. Grand Livina 1.6M tahun 2009 berapa agaknya harga pasaran sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 07:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by mycos79 at 28-8-2010 19:07

Reply 9# NOBIMOMABIHA

pasal value tu leh rujuk sini...

www.motortrader.com.my/
  

atau sini

www.mudah.my
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:52 PM | Show all posts
Reply 6# NOBIMOMABIHA

bergantung pada destinasi tuan, certain coutries boleh accept NCB dari certain insurance company.. contohnya, negara A boleh accept NCB dari company nama zuri* yg diguna di malaysia, tapi mungkin tak terima etika/amban* insurance..
*contoh semata mata
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 10:25 PM | Show all posts
Reply 1# NOBIMOMABIHA

NCB tu mmg blh disimpan tp nilai peratusan akan berkurangan dari setahu ke setahun.cth ... kalau NCB kau skrg 30% .... simpan lg 1 th, so akan kurang kpd 25%, pastu simpan lg setahun, terus takde NCB lg....
dgn kata lain ... NCB akan menurun sepertimana ia bertambah setiap tahun jika insurans diperbarui ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2010 12:54 PM | Show all posts
Reply 10# mycos79


    Terima kasih mycos.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2010 12:56 PM | Show all posts
Reply 11# faizkj


    Saya faham. Insuran provider yang Internationally Establish lebih mudah diterima berbanding yang bersifat tempatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 12# waksir


    Terima kasih waksir. Ini betul-betul saya tak tahu. Maklumat ini sangat berguna kepada saya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 05:53 AM | Show all posts
Semasa tandatangan agreement jualbeli kereta sepatutnya telah dicatat 2 jenis interest rate iaitu untuk pengiraan monthly instalment dan untuk pengiraan early full settlement. Biasanya interest rate untuk early full settlement lebih tinggi dari interest rate pengiraan monthly instalment. So, bila nak jual kereta kepada seseorang, pihak bank akan kira bayaran penjelasan mengikut interest rate bagi early full settlement dimana jumlah yang perlu dibayar akan ditolak dari jumlah yang telah dibayar monthly.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 09:04 AM | Show all posts
alang2 ada thread neg haku pon nk tanya lah...

haku nk jual iswara erobek haku neh....so bila dh jual...

1. buleh ker transfer NCB ke kereta haku yg tgh pakai satu lg neh..??
2. atau kena transfer pada keta yg baru nak beli saja...??

haku x brapa faham sgt psl benda neh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:17 PM | Show all posts
Reply 17# tanabe2287


    aku rasa boleh transfer ke kereta lama ko...janji kete tu mana ko la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 03:45 PM | Show all posts
alang2 ada thread neg haku pon nk tanya lah...

1. buleh ker transfer NCB ke kereta haku yg tgh pakai satu lg neh..??
2. atau kena transfer pada keta yg baru nak beli saja...??
tanabe2287 Post at 3-9-2010 09:04


1. boleh -owner sama
2. tak semestinya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 04:16 PM | Show all posts
1. boleh -owner sama
2. tak semestinya
ryo_takahashi1 Post at 3-9-2010 15:45



ok...ini yg haku nk tau..thanks ryo...


[quote]Reply  tanabe2287


    aku rasa boleh transfer ke kereta lama ko...janji kete tu mana ko la...
yus262 Post at 3-9-2010 14:17
[/quote]

okes....settt....tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061222 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list